Crispy Special Edition Gochujang Chocolatey Malt Ball.


Bila 7e iklankan kat IG, excited aku nak cuba rasa malt ball ni. Sebelum ni aku dah pernah makan jem coklat dari Crispy dan sangat sedap. Antara jem coklat yang mudah nak sapu kat roti. Tak terlalu keras dan tak terlalu cair.


Kali ni Crispy buat produk baru. Bertemakan Jepun dan Korea. Perisa BBQ dan satu lagi perisa Gochujang. Aku beli perisa Gochujang dulu sebab nak cuba best ke tak.


Dari luar, nampak menarik. Bebola coklat yang terasa mahal gitu. Tapi macam tak digalakkan untuk budak-budak makan. Bahaya jugak. Kang tertelan sebab coklat ni memang kecik macam coklat bola.

Masa makan sebiji dua, aku tak jumpa lagi rasa pedas yang dikatakan tu. Gochujang? Aku pernah beli paste Gochujang masa nak buat kimchi (tapi tak jadi). Jadi, aku tahu rasa Gochujang macam mana. Tapi lepas tinggal 3, 4 bijik bebola ni, baru lah rasa pedas tu timbul. Nak kata pedas sangat tu tak. Rasa pedas manja je.


Rasa manis coklat tenggelamkan rasa pedas Gochujang. Dan aku rasa macam tak sesuai pedas dan coklat bergabung. Sebab memang takkan rasa pedas. Even selama ni aku makan makanan pedas pun, bila nak hilangkan rasa pedas tu, aku akan makan coklat.

Sedap? Mungkin sesetengah orang akan suka. Tapi aku tak. Sekali-sekala atau nak cuba makan tu boleh lah. Kalau nak makan selalu, memang tak lah. Perisa BBQ aku tak cuba lagi. Kalau ada masa boleh beli jugak.

 P.S. Roti Buttermilk Blueberry tu aku tak review pun. Sebab bagi aku, sedap je. Macam makan roti buah yang lain.

Post a Comment

4 Comments

  1. Ada nampak dekat 7Eleven coklat crispy tu tapi ngeri betul nak cuba.. hahaha.. Roti butermilk tu tak nampak pula.. Macam menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti tu memang sedap. Ngam gabungan butter + milk + blueberry.

      Delete
  2. Selama ni tau crispy coklat bar tu je. Baru tau ada coklat bulat. Aneh pulak gabungan flavournya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat aneh. Tak beli dah lepas ni. 😑

      Delete