Top 5 lagu Mandarin Malaysia malar segar.


Aku mula layan lagu Mandarin aka Mandapop dari tahun 2005 lagi. Waktu tu dengar kat radio yang beli kat pasar malam tu. Radio tu kecik dan kena guna bateri je kalau nak on. Tapi siaran radio tu memang kena gigih mencari. Siap ikat dawai besi lagi kat antena baru jelas siaran.


Waktu tu lagu-lagu Mandarin kat Malaysia tengah panas. Tak kurang jugak dengan lagu-lagu Melayu. Tahun 2005 antara tahun yang banyak aku luangkan masa dengar radio. Sebelum tidur mesti layan dulu siaran radio. Biasanya aku dengar THR, ERA dan Ai FM. Sebabnya ni je siaran yang paling jelas kat dalam rumah. Dan bermula dari sini jugak lah aku mula layan lagu-lagu Mandarin dari penyanyi Malaysia.

Bawah ni aku senaraikan top 5 lagu malar segar (evergreen) pilihan aku. Bila dengar lagu-lagu ni, aku akan teringat kembali zaman budak-budak. Setiap kali lagu-lagu ni keluar kat radio, aku akan pasang volume kuat-kuat sampai kat luar rumah pun boleh dengar.

1. Mei You Ru Guo (No If) - Fish Leong



Tahun: 2009

Kisah seorang pekerja kedai fast food yang suka jadi matchmaker. Bila ada customer makan sorang-sorang kat situ, ada je kerjaan yang dia buat supaya customer tu ada teman makan makan sekali.

Bila dia kerja kat kedai bunga pulak, benda sama yang dia buat. Suka kenenkan orang. Sampai lah orang-orang yang dia kenenkan tu kahwin dan bahagia bersama. Tapi sedihnya walaupun dia suka kenenkan orang, sampai sekarang dia belum jumpa teman sehidup semati dia.

Sampai satu masa, masa kat tengah jalan, dia jumpa customer yang pernah dia usik masa dia kerja kat kedai fast food. Bila dah jodoh, tak ke mana. Kini giliran dia pulak dikenenkan oleh pekerja kedai fast food masa dia dan customer tu makan kat situ.

2. Tong Hua (Fairy Tale) - Michael Wong



Tahun: 2005

Disebabkan lagu ni, Michael Wong berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2006. Dia dinobatkan sebagai komposer lelaki Malaysia berbangsa Cina yang berjaya merangkul paling banyak anugerah iaitu 44 dan 23 daripadanya datang dari lagu Fairy Tale ni.

Kisah pasal seorang lelaki yang hasilkan lagu untuk kekasih dia. Kekasih dia tengah nazak kat hospital disebabkan sakit (mungkin kanser) paru-paru. Disebabkan kekasih dia terlantar sakit kat hospital dalam dalam masa sama dia kena teruskan show tu, dia pun call kekasih dia dan on call tu supaya kekasih dia kat hospital dengar. Zaman ni takde lagi IG, FB dsb yang boleh buat live streaming. Kalau tak, mesti dia dah buat untuk bagi kekasih dia tengok live.

Lagu ni dikatakan salah satu lagu Bahasa Cina terbaik di dunia dan masuk carta Baidu 500 selama 15 minggu sebaik diterbitkan.

3. Wang Zi (Prince) - Nicholas Teo



Tahun: 2007

Nicholas Teo ni antara penyanyi yang diminati ramai remaja perempuan. Muka mirip Kim Jae Won. Even kakak aku pun minat dia ni.

Lagu Prince cerita pasal lelaki yang bangga dengan usaha dan kejayaan dia sampai dia boleh jadi apa yang dia jadi sekarang. Dia ingat semula segala rintangan yang dia tempuhi selama ni. Walaupun bergerak berseorangan tapi dia tetap bangga sebab mampu berjaya kecapi apa yang dia nak.

4. Zhuo Mi Cang (Hide And Seek) - Rynn Lim



Tahun: 2007

Ryan Lim antara penyanyi Malaysia berbangsa Cina yang aku suka style lagu dia. Simple tapi catchy. Lagu Hide And Seek ni berkisarkan pasal kehidupan (dia) masa kecil. Opening lagu siap ada budak-budak main lat tali lat. Kiranya lagu ni mengimbau nostalgia dia masa zaman dulu yang membesar kat kawasan kampung.

Aku first dengar lagu ni masa layan radio Ai FM tak silap. Masa tahun 2007. Ada satu lagu yang dia nyanyi dengan Sheila Majid. Tajuk lagu tu Melodi. Best jugak.

5. Ni Yao De Ai (The Love You Want) - Penny Tai



Tahun: 2001

Penny Tai ni penyanyi Malaysia yang kembangkan karier nyanyian kat Taiwan. Dia merupakan penyanyi Malaysia pertama yang menang anugerah Golden Melody Awards kat sana.

Kalau tengok Meteor Garden, mesti akan tahu lagu ni. Sebenarnya ni lagu dari Taiwan. Lagu The Love You Want ni dijadikan sebagai OST drama tu sebagai lagu penutup. Hebat kan? Dapat tembus pasaran Taiwan dan siap contribute lagu dalam drama yang cukup terkenal pulak tu.

Post a Comment

4 Comments

  1. wah..baru tau lagu penutup Meteor arden tu penyanyi Malaysia yang nyanyi. So nostalgic. Apalah khabar diorang ni sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing dah banyak kembangkan karier. Macam Vic tu dia banyak berlakon.

      Delete
  2. Kena dengar semula satu per satu lagu ni . Terlupa alunan muzik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Saya pun tak berapa ingat tapi bila dengar semula baru ingat.

      Delete