Pengalaman cucuk vaksin booster AstraZeneca.


Semalam aku pergi ke klinik kesihatan dekat dengan rumah. Ada janji temu untuk cucuk vaksin booster. Aku dapat notifikasi pun seminggu lebih sebelum tu iaitu 12 Disember melalui SMS dan jugak app MySejahtera.

Tapi tak dimaklumkan pun vaksin jenis apa. Tak silap aku kat sini ada dua jenis je: Pfizer dan AstraZeneca. Aku tak kisah pun vaksin apa sebab selagi benda tu dapat kuatkan sistem ketahanan badan, tu pun dah cukup.

Berdasarkan app, aku kena pergi pukul 10.30 pagi. Tapi nak datang awal pun dialu-alukan. Lagipun masa aku pergi tu, tak ramai orang. Sebelum aku tu ada dua orang je yang tengah tunggu giliran.

Kali ni takde stesen sebanyak doas 1 dan 2 sebelum ni. Ada 4 stesen iaitu:
  1. Kaunter pendaftaran
  2. Kaunter semakan kesihatan
  3. Bilik cucuk vaksin
  4. Kaunter pemberian kad booster


Aku duk sana pun tak sampai 10 minit. Kejap sangat. Masa kat kaunter pendaftaran, sukarelawan kat situ ada bagi pilihan nak pilih Pfizer atau AZ. Tapi waktu tu Pfizer dah habis. Kalau nak, kena pergi kat tempat lain. Ada lelaki depan aku balik sebab dia nak cucuk Pfizer. Aku tak kisah pun mana satu. Yang penting cucuk secepat mungkin.

Kesan selepas vaksin booster

Doktor kata kandungan vaksin ni sama je macam vaksin 1 dan 2 sebelum ni. Tapi sebab sebelum ni aku cucuk Sinovac, doktor cakap mungkin kesan tak sama. Dan memang betul pun. Lepas aku cucuk booster tu, terasa sengal yang amat kat bahu. Even sekarang pun kesan sengal tu kuat lagi. Doktor pesan kalau sakit, makan paracetamol. Setakat ni aku tak makan pun. Sebab sakit tu takde lah kuat, hanya sengal je.


Doktor sendiri pun sarankan penerima vaksin Sinovac sebelum ni, ambil booster. Sebab Sinovac tak sekuat vaksin lain. Dan keberkesanannya yang semakin berkurang dari hari ke hari. Tak nak ambil, tak salah tapi digalakkan ambil. Nanti apa-apa hal masa akan datang, senang. Kang tak pepasal gomen umum sesiapa yang tak ambil booster, tak boleh rentas negeri, dine-in dsb pulak.

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah dah amik booster. Saya belum dapat temujanji lagi. Memang menunggu juga, sebab aritu pun dapat Sinovac.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dapat nanti tu. Rasanya turn booster ni lagi cepat dari yang sebelum ni.

      Delete
  2. Alhamdulillah...boostered.
    Ammi dpt Pfizer sbb mmg itu je yg ada kat klinik yg ammi dapat appt tu. Belasah jelah janji ada pelindung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua elok. Bergantung kepada keperluan individu tu sendiri. Saya tak kisah jugak asalkan dapat lindung diri cepat.

      Delete