Lego Doraemon murah di Shopee.


Masa Shopee buat promo minggu lepas, banyak kedai yang bagi diskaun 50%. Dengan kesempatan ni, aku rembat lah beli beberapa barang dengan voucher tu. Ada satu kedai yang aku perasan ada jual lego. Tapi bukan ori lah. Made in China.

Semua lego tu RM1 seketul tapi diberi secara random. Ada lego Avangers, Justice League, Disney dan banyak lagi. Masa baca review, aku perasan ada buyer yang dapat lego Doraemon. Satu set pulak tu. Setahu aku, tak pernah lagi aku jumpa lego Doraemon sebelum ni. Kalau lego pesen besar gedabak tu banyak lah. Yang ni jenis kecik. Yang normal tu.


Aku pun apa lagi, order lah. Total RM6 untuk satu set. Dalam set tu ada Doraemon, Nobita, Sizuka, Giant, Suneo dan Doralin. Tapi memang nampak reject lah sikit sebab ada beberapa part muka tu yang terlebih cat. Doraemon pulak takde poket. Tapi tak kisah pun. Asalkan dapat kumpul satu set macam ni pun dah cukup. Kalau nak dapatkan set Doraemon ni, kena request kat seller.


Bukan apa, bila dah besar panjang ni tiba-tiba terasa nak kumpul mainan yang tak pernah terbeli masa kecik dulu. Selalu tengok kat kedai tapi mahal. Kalau ada duit lebih waktu tu sekalipun, selalunya akan spend untuk beli komik atau jajan je.

Post a Comment

8 Comments

  1. nampak aneh sikit, tapi still boleh dikenalpasti which is which

    ReplyDelete
  2. Dulu rajin sangat kumpul lego. Tapi stop sebab dah xde tempat nak simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Memang tak muat nak simpan semua lego ni.

      Delete
  3. Dah lama nau tak tonton kartun doraemon

    ReplyDelete
  4. doraemon dia macam tak comel jer... cerita doraemon ni banyak kali layan pon tak jemu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak reject di situ. Takpe lah. Asalkan ada.

      Delete