Bunga sulung senduduk ungu.


Beberapa hari lepas, masa siram pokok, aku perasan yang pokok senduduk ungu ni tak sabar nak keluarkan bunga. Hari ni, muncul sekuntum bunga ungu yang kembang dengan mekarnya bawah panas mentari.

Pokok senduduk ungu ni baru je lagi aku beli. Hujung bulan lepas. Pokok yang mula nak berbunga. Beli pun sebab jarang nak jumpa pokok senduduk ungu. Kat tepi jalan atau semak memang takde. Yang tu pokok senduduk pink.


Pokok senduduk banyak khasiatnya. Daun senduduk yang dilumatkan boleh digunakan untuk berhentikan darah pada luka-luka kecil. Air rebusan daun senduduk pulak bagus untuk kurangkan sakit sendi dan lenguh badan selain mampu kembalikan kecergasan badan.


Apa yang aku perasan, pokok senduduk suka betul keadaan panas. Bila hujan, malu-malu pulak. Bila panas tu, meriah betul pokok senduduk berbunga. Sama jugak macam pokok senduduk pink kat tepi jalan dan dalam semak. Rancak berbunga musim panas ni.

Post a Comment

24 Comments

  1. awak ni mcm ldy.. ingtkan ldy sorg je suka tanam pokok liar mcm ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab jarang jumpa. Itu yang gigih nak tanam sendiri.

      Delete
  2. Mekar mewangi menghiasi laman.

    ReplyDelete
  3. Musim panas memang diperlukan untuk pokok2 berbunga

    ReplyDelete
  4. Ohh dia macam lebih suka terdedah pada matahari. Menarik warna bunganya, ungu terang dan pekat. Banyak khasiatnya ye. Kalau ikut orang dulu, setiap pokok ada khasiatnya untuk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dari bunga sampai lah akar ada fungsinya untuk kesihatan.

      Delete
  5. Replies
    1. Bunga ni antara bunga yang paling menyerlah warnanya.

      Delete
  6. Laa ada khasiat tertentu rupanua pokok senduduk ungu ni . Tepi stor rumah CCL banyak juga tumbuh dengan liar pokok senduduk ni .even dah banyak kali buang tetap naik tumbuh membesar dengan jayanya .

    Lepas puasa ni nak cuba la rebus daun tu nak minum . Mana tahu boleh segarkan sikit badan yang kadang² agak lemau jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok lah tu. Senduduk memang pokok liar. Tapi banyak khasiat.

      Delete
  7. ooh dh susah nk jumpa erk pokok senduduk yg liar nih
    . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak susah. Setakat ni belum jumpa lagi kat kawasan rumah ni.

      Delete
  8. Replies
    1. Dari jauh dah nampak bunga ni sebab warna ni lah. 😄

      Delete
  9. Cantik dan first time dgr nama bunga ni :D

    ReplyDelete