Moreh tarawih Ramadan ke-12 dengan bubur lambuk dari Brahim's.


Masa pergi Mydin hari tu, aku belek-belek bubur lambuk ready-to-eat dari Brahim's ni. First time aku jumpa bubur lambuk macam ni. Canggih betul. Tapi aku tak beli sebab aku nak cari dalam Shopee.


Balik tu, aku beli dalam Shopee. Kedai rasmi Brahim's. Harga RM5.99 sepaket. Bubur lambuk ni senang je nak sediakan. Boleh panaskan dalam air panas atau dalam microwave. Aku guna microwave. Potong sikit paket tu supaya wap panas dapat keluar. Bukak suhu paling panas dan biarkan dalam 4 minit.


Rasa bubur lambuk ni aku suka. Kombinasi rempah yang diorang gunakan sangat balance. Nasi pun sedap. Cuma rasa ikan tu takde. Tak macam bubur lambuk versi Pantai Timur yang guna isi ikan. Yang Brahim's ni diorang gunakan daging lembu. Daun kaduk yang ada dalam bubur ni pun tak banyak. Jadi tak terasa nikmat di situ.

Untuk raso-raso bagi aku, sedap je. Makan moreh kat rumah sambil layan TV. Sedar-sedar, licin dah mangkuk tu. πŸ˜„

Post a Comment

18 Comments

  1. baru tahu yang bubur lambuk pun ada packing ready to eat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu jugak. Kena cuba lah macam tu. 😁

      Delete
  2. Huiyo bubur lambukpun ada. Tengok gambar- meriah bahan-bahannya.

    ReplyDelete
  3. Packaging dia cantik sesuai kalau nak bawa travel ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau malas panaskan, boleh terus makan.

      Delete
  4. Bagus ni, boleh cuba juga nanti. Untuk travel oversea bagus juga ni.

    ReplyDelete
  5. ooo ada bubur lambuk segera ke.wah nak try la

    ReplyDelete
  6. Nak cari juga lah.
    Nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak sedap. Sampai licin mangkuk. 🀣

      Delete
  7. sesuai ni bawa g travel
    nanti nak cari juga laa

    ReplyDelete
  8. Ohh ada ye. Nanti nak carilah sebab suka bubur lambuk. Nak masak untuk sorang macam tak berbaloi pulak. Mungkin ni versi bubur lambuk johor ada daging. Versi letak ikan pantai timur tu saya tak pernah makan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. Baru terfikir. Saya pun tak pernah masak bubur lambuk sendiri. Selalu orang bagi je. πŸ˜…

      Delete
  9. bagus buat mcm ni.. memudahkan org untuk makan. baru tau ada brand ni

    ReplyDelete