Teh tarik F&N kurang manis satu!


Hari tu aku ada baca entri dari rakan blogger pasal pengalaman beliau minum air teh tarik dari F&N. Kebetulan aku singgah AEON Kota Bharu, masuk lah aku dalam market aras bawah tu cari air teh tarik ni.

Hampir sesat aku dibuatnya. Punya lah lama tak masuk dalam market AEON. Rasanya setahun jugak lah aku tak datang bahagian ni. Kalau masuk AEON pun, aku akan ke Popular untuk cari buku baru.


Aku cari versi tin macam yang Cik Cappuccino Latte minum. Tapi tak jumpa. Ada yang versi botol plastik je. Maka aku beli lah satu. Ada diskaun sepanjang bulan ni. Harganya RM2.50 sebotol. Harga asal RM3.02 sebotol.

Lepas solat tarawih, aku masuk dapur dan minum air teh tarik ni. Nak tahu jugak macam mana rasanya. Sebab aku pernah minum versi ori tapi manis yakmat. Sengal gigi lepas minum.


Sebelum letak ais, aku cuba minum kosong. Sedap. Memang tak manis dan ada rasa kelat-kelat manjah! Ditambah dengan aroma arang entah dari mana datangnya yang buatkan air teh tarik ni sedap. Paling penting, gigi aku tak sengal lepas minum air ni. Kalau simpan dalam peti sejuk, lagi best rasanya.

Kenapa wujudnya versi kurang manis ni? Ramai yang complain ke versi ori terlalu manis? Aku tak sempat nak complain kat company diorang. Tup tup diorang produce versi kurang manis. Bagus lah kan? Jadi, customer ada pilihan sama ada nak beli versi manis yakmat ataupun kurang manis. πŸ˜…

Post a Comment

24 Comments

  1. lastyear bln ramadhan dpt teh tarik botol original ex bos bagi...yg versi kurang manis tkde rasa lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah versi ni. Bagi saya, lagi better dari versi ori.

      Delete
  2. linda tak berapa minat sgt kalau dah siap packing nie..memang kena bancuh sendri jugak...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kalau nak sedap, memang kena bancuh sendiri.

      Delete
  3. Bolehlah cuba try cari produk ni nanti

    ReplyDelete
  4. wahhh ada version kurang manis ye? nti boleh try cari juga lah hehe

    ReplyDelete
  5. Best ni dah jual dalam botol, kurang manis pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Fuh.. Dapat time berbuka, memang melegakan.

    ReplyDelete
  7. Pernah rasa yg versi manis tu, cannot go.
    Tetap prefer yg dibancuh sendiri wpun tak se-kaw mana tapi boleb adjust rasanya ikut kehendak sendiri :)

    ReplyDelete
  8. Bagus jugak tu kurang manis. Kalau manis sangat memang tak boleh go lah. Lama tak minum teh tarik. Kalau kat warung memang kaw teh dia, susu dia pun tebal jugak nampak. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani dah minum air susu kat kedai. Hampir separuh cawan diletaknya susu pekat.

      Delete
  9. wahh boleh cuba ni.. satgi nak beli. hehe

    ReplyDelete
  10. kalau kurang manis bagus untuk kesihatan

    ReplyDelete
  11. Sedap ni... Tapi teh ais ikat tepi lebih mencabar iman di bulan ramadhan ni hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikat tepi jarang nampak sepanjang Ramadan. πŸ˜„

      Delete