Bunga sulung senduduk putih.


Akhirnya berbunga jugak. Lama aku tunggu. Sebenarnya pokok senduduk putih ni dah besar. Aku beli kat Shopee dari bulan November tahun lepas. Harga RM10 sepokok. Alhamdulillah pokok ni sampai kat tangan aku dalam keadaan segar.

Pokok senduduk putih ni jarang nak jumpa. Selalunya orang guna pokok ni sebagai ubat. Tak tahu lah apa khasiatnya. Aku beli sebab pokok ni bunganya cantik. Sekitar kawasan tempat aku tinggal banyak pokok senduduk pink. Dah biasa sangat tengok.



Bila tahu ada pokok senduduk putih, aku excited lah nak ada sendiri. Rupa pokok senduduk putih dan senduduk pink lebih kurang sama. Paling jelas bezanya dari warna bunga.


Aku letak kat laman rumah dalam polibeg. Ingat nanti nak alihkan ke dalam pasu. Bagi nampak kemas sikit. Sekarang kalau boleh nak elakkan alih pokok. Sebab cuaca kan tengah panas. Risau pokok layu nanti.

Post a Comment

20 Comments

  1. ingatkan bunga jasmin thai sebab lebih rupa kurang je tapi daun tak sama

    ReplyDelete
  2. Kalau tengok daunnya, macam pernah nampak tapi bunganya ungu. Ke spesis yang lama tapi bunga berbeza. Tak pernah nampak bunga warna putih atau pink. Kiranya putih ni warna rare lah kan. Setiap pokok tu pasti ada khasiatnya. Kita je yang tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga pink tu pokok senduduk hutan atau liar. Selalu jumpa dalam semak atau tepi hutan. Bunga putih dan ungu jarang jumpa. InsyaAllah nanti pokok senduduk ungu berbunga, saya share pulak macam mana rupanya.

      Delete
  3. Cantiknya.. rajinnya menjaga pokok-pokok :)

    ReplyDelete
  4. Cantik bunganya!
    Pernah juga dgr katanya senduduk putih ni byk khasiat 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Saya pun baru berjinak-jinak tanam pokok ni.

      Delete
  5. selalunya bunga senduduk warna ungu...
    ni terjumpa sekuntum warna putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ungu ke pink? Sebab kalau warna ungu, jarang ada. Pink yang selalu tumbuh meliar.

      Delete
  6. Cantik putih bersih bunga nya.

    ReplyDelete
  7. dlu kat rumah ldy ade pokok ni tp skrg dah mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang lah. Kena cari balik benih tanam semula. 😅

      Delete
  8. cantiknya. mama ni nama je perempuan tapi bunga2 ni tak berapa kenal hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba sekali-sekala masuk nursery. InsyaAllah akan terjebak dengan tanam-menanam ni. 😂

      Delete
  9. kn jaga2 tu nnt jumpa yg gatal tangan dok petik
    dah laa cantik bunga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belum ada lagi yang berani kacau. 😂

      Delete