Oreo Pokémon datang lagi. Perisa vanila dan coklat.


Bulan lepas aku ada buat review pasal Oreo Pokémon. Aku pun ada inform yang multipack hanya ada 2 perisa iaitu coklat + pisang dan strawberi.


Tapi bukan 2 perisa je ada untuk pek multipack ni. Ada 4 kesemuanya. Lagi 2 perisa tu adalah vanila dan coklat! Kenapa lah perisa coklat lambat masuk Lazada? 😭


Kebiasaannya, kalau beli Oreo, aku akan beli perisa coklat. Bagi aku, rasa keseluruhan Oreo berperisa coklat lagi sedap daripada semua perisa (setakat pernah aku makan) yang Mondelēz buat.

Macam ni lah rupanya dalam pek multipack tu.

Malam tu aku saja scroll Lazada. Nak tengok promo apa yang ada. Tetiba muncul pek vanila. Tak lama lepas tu, muncul pulak pek coklat. Apa lagi, terus aku masukkan dalam cart dan check out. Guna voucher dan coins terkumpul, dapat lah harga murah.



Alhamdulillah dapat 2 lagi kad Pokémon yang belum pernah aku dapat. Boleh lah kumpul sikit-sikit. Tapi nak bagi penuh set (16 keping) tu entah bila lah.


Rasanya ni je lah 4 perisa yang ada. Perisa coklat paling aku suka. Perisa pisang + coklat paling aku tak suka. Walaupun pek tu cantik dan lain dari pek lain, tapi rasa biskutnya aku tak berkenan.


Murah beli kat Lazada


Kenapa aku beli kat Lazada berbanding kedai fizikal? Sebab harga Oreo ni kat Lazada double triple murah. Even lebih murah dari Shopee walaupun Shopee selalu bagi diskaun.

Sekarang Lazada ada buat promo diskaun guna coins. Maksudnya boleh beli produk terpilih dengan harga yang murah bila tolak coins masa check out. Nilai 1 coins bersamaan 10 sen. Kalau ada 1000 coins, nilainya RM10.


Contohnya untuk Oreo coklat multipack ni, harga asal RM13.10 untuk 2 pek tapi lepas tolak coins dan voucher yang Mondelēz bagi, harga yang perlu aku bayar hanya lah RM7.62 sahaja. Nampak tak beza harga kat situ?

Walaupun aku bukan lah penggemar biskut manis, tapi peluang untuk beli dan rasa benda baru macam ni takkan aku sia-siakan. Rasanya biskut lebih tu aku akan bagi kat anak buah aku. Kalau belum expired lah. 😅

Post a Comment

15 Comments

  1. Sudah lama tak membeli di Lazada.. Harap ada free shipping :)

    ReplyDelete
  2. waahhh dah lama tak membeli di Lazada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Start beli balik pun sebab ada promo ni. 😁

      Delete
  3. hahahhaa cute je. sebaik tak suka makan biskut jadi tak terjebak. dah lama juga tak beli di lazada ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kumpul kad. Biskut bagi orang makan. 😆

      Delete
  4. lama juga xbuka apps laza ni , sellaunya nk shopping online CCL prefer apps shopee . nanti boleh godek-godek bandingkan harga orea ni di shopee dan lazada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya pun dah terbiasa dengan Shopee. Tapi rupanya Lazada ada promo yang Shopee takde.

      Delete
    2. ahh..betul ka ? kejap lagi nak godek-godek lazada .hahaha

      Delete
  5. biskut oreo tak mkn tu boleh buat based utk cheese cake... no-bake cheesecake...

    ReplyDelete
  6. Menarik pula ada macam-macam jenis perisa ye.Lama tak jengah lazada. Asyik bershopee je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Lazada sekarang ni banyak jugak buat promo.

      Delete