Salam Ramadan 2024.

 Update: 13 Mac 2024


Hari ni hari pertama Ramadan tahun 2024 merangkap hari kedua solat sunat tarawih. Kat surau tempat tinggal aku memang tiap tahun buat tarawih. 8 rakaat tarawih tambah 3 rakaat witir.

Lepas solat, akan ada makan-makan yakni moreh. Selalunya ada hamba Allah yang bermurah hati bagi sumbangan makan-makan. Ikut turn. Mungkin hari ni orang lain, esok pulak orang lain yang buat amal. Alhamdulillah. Tapi aku jarang moreh. Terus balik rumah lepas solat sebab nak layan drama TV. πŸ˜…

Moreh kat rumah je lah. Petang tadi aku ada singgah Mydin Mall. Aku beli air kopi cap Kapal Api. Rasanya ramai yang kenal dengan jenama ni.

Sebotol ni RM2.40 harganya.

Air kopi ni ada 3 perisa. Aku beli 2 je sebab perisa White Coffee aku tak minat. Dulu pernah beli pek 3 in 1. Mungkin tak kena dengan tekak aku.

Aku beli perisa Original Black Coffee dan Strong Black Coffee. Rasa kedua-dua kopi ni memang pekat, likat dan padu. Sesuai untuk mereka yang nak stay up tak nak bagi mengantuk.



Perisa Original tu ada campuran gula aren. Gula aren ni tak silap aku dibuat dari air nira pokok enau. Pernah aku tengok kat TV1 ada dokumentari pasal sorang pak cik ni yang ekstrak air nira pokok enau sebagai sumber pendapatan.

Tapi rasa kopi campuran gula aren ni bagi aku terlalu manis. Sampai sengal gigi aku. Kopinya dah cukup pekat tapi mungkin terlalu manis.



Kopi perisa Strong tu pulak memang kena dengan namanya yang cukup 'Strong' tu. Rasa manisnya balance dan kopi yang pekat. Lebih separuh botol aku minum. Agaknya tak boleh tidur awal malam ni. πŸ˜“

Update


Petang tadi, aku rasa berangin betul badan. Sendawa berkali-kali untuk keluarkan angin. Aku saspek puncanya dari kopi ni yang terlalu kick. Aku memang tak boleh minum air kopi yang terlalu pekat. Mudah berangin satu badan. Lepas ni kena hati-hati nak minum kopi. πŸ˜₯

Post a Comment

20 Comments

  1. Selamat Berpuasa BK.
    Nampak sedap kopi tu dicampur ais πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa BK...oo..dah ada dlm botol, blm jumpa lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa. Mungkin baru lagi kot air ni.

      Delete
  3. Salam Ramadan. Selamat berpuasa BK. Baru tahu Kopi Kapal Api ada jual minuman kopi dalam botol, ready to drink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa. Untuk penggemar jenama ni, mesti suka.

      Delete
  4. salam ramadhan BK.kala sy pulak white cofee boleh minum tp black cofee atau yg jenis pure cofee bila minum jd asyik ke toilet hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan. Mungkin tak kena dengan perut tu. Saya boleh minum white coffee tapi tak feel. Macam kurang kick. πŸ˜…

      Delete
  5. Selamat Berpuasa. Yaa betul kalau yg strong sangat boleh jadi angin badan. Kadang ok tapi kadang mungkin reaction dengan makanan yang kita makan. Ada org cakap, entah lah. Tengok kopi mesti excited je πŸ˜‚ coffee addict.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa. Saya stick dengan satu jenama. Kalau minum kopi jenama lain, mesti problem.

      Delete
  6. ramadan kareem buat bk. mama pun sebenarnya sejenis yg x boleh kopi terlalu kaw mmg mendapat la kalau minum. tak tahan angin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramadan kareem. Itu lah. Spesies sama rupanya kita. πŸ˜‚

      Delete
  7. selamat berpuasa bola katok.. dah mcmn puasa hari ke 8? :D

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa
    uihhhh ada rasa macam americano ke?

    ReplyDelete