Tips elakkan mengantuk masa tarawih.


At least seminggu sekali aku akan rasa mengantuk yang amat masa solat tarawih atau baca doa. Apa yang aku perasan, bila aku makan banyak nasi dan kurang makan sayur, badan mudah lesu.

Aku ada terbaca entri blogger yang alami masalah ni. Jadi, tergerak hati aku nak kongsi tips dan pengalaman aku sendiri.

Tips: Kurangkan kuantiti nasi putih, tambah kuantiti sayur hijau.


Masa belajar kat matrik dulu, lecturer aku pernah bagitau. Nak elak mengantuk ni senang je. Kurangkan kuantiti nasi putih dan banyakkan kuantiti sayur hijau. InsyaAllah badan segar-bugar lepas tu. Otak pun tak mudah tepu.

Tips ni aku amalkan. Memang menjadi. Kadang aku tefikir jugak. Ke dalam nasi ni ada banyak kanji? Setahu aku, pengambilan makanan yang banyak kanji atau gula dapat lonjakkan insulin dalam badan. Masa makan tu, badan akan bertenaga tapi lepas beberapa jam, badan jadi lesu tak bermaya.

Sebab tu jugak lah aku perasan masa zaman sekolah, aku jarang mengantuk dalam kelas walaupun hari panas. Sebab aku hanya makan sepiring kecil sarapan pagi (bukan bulan puasa). Kalau bukan nasi, aku makan mi atau bihun. Waktu rehat, memang aku langsung tak makan berat. Minum air masak atau gula-gula je.

Harap tips ni membantu mereka yang mengantuk waktu solat tarawih. Jangan tersengguk-sengguk dan terhuyung-hayang masa tengah solat sudah lah. Kalau boleh elakkan jugak makan atau minum terlalu banyak masa berbuka. Nak makan banyak, waktu moreh tu melantak lah sampai kenyang. πŸ˜…

Post a Comment

26 Comments

  1. Thanks for sharing. Kadang ni minum air banyak jadi mengantuk, berat perut kot :)

    ReplyDelete
  2. Saya pula jarang mengantuk waktu tarawih walaupun makan nasi. Cuma cepat dahaga, kena bawa air kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kuantiti nasi tu tak berlebihan. 😁

      Delete
  3. Tq for the tips!
    Semoga kita terus semangat bertarawikh hendaknya ...

    ReplyDelete
  4. kalau kenyang sgt mmg mengantuk...tkpun kenyang air hehe...tp skarang cuaca panas ..mmg haus lps tu mengantuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Selalu terjadi. Bila terlebih sumbat perut, mula lah badan lesu masa tarawih.

      Delete
  5. makan sayur byk tu Ana pun rasa mcm betul dpt kurngkan mngantuk hehe

    ReplyDelete
  6. Mengantuk bila solat taraweh sendirian di rumah. Solat berjemaah di surau, takde mengantuk pula. Adakah faktor pemakanan juga?πŸ€”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bila solat kat surau dan ramai orang, feeling tu lain. Macam saya lah. Insecure kot. Kat rumah relaks sikit nak tunggang terbalik pun. 🀣

      Delete
  7. Menarik tips ni.
    Tapi kan...kadang tak makan nasi pun adakala mengantuk juga.. acane tuπŸ₯±

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang tapi selalunya mengantuk jugak. πŸ˜…

      Delete
  8. 1st time tido dalam kelas masa tingkatan 1, kelas geografi, dah hujung2 nak balik sek...hahaha...mcm tak percaya diri tertido dalam kelas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelas hujung selalunya buatkan student mengantuk dan tak fokus. Saya lagi lah. Kelas Sejarah. Mau tak mengantuk. 🀣

      Delete
  9. sy tak mengantuk
    tapi panassss
    ya allah... lencun baju

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk tipsnya. Setuju bab makan nasi banyak tu dan jenis lauk bersantan lagi cepat mengantuk. So far tak mengantuk makan nasi sikit dan kurang kanji. Segar bertarawih. Cuma kena letak botol air di sebelah sebab batuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Lagipun terlebih nasi salah satu penyebab perut mudah kenyang.

      Delete
  11. tq tipsnya.. skrng ni kan, dkt tempat kerja pun mngntok. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat tempat kerja mengantuk, tu kena tengok waktu tidur betul ke tak. πŸ˜„

      Delete
  12. Setuju dengan tips tersebut . Kalau nak pergi terawih CCL berbuka puasa makan yang ringan jer dulu ..macam kuih muih tak pun roti john . Balik dari terawih baru makan nasi . Risauu kadang makan sampai telebih kenyang dah tu mula laa liat nak pergi terawih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang merisaukan. Risau terlebih makan. Nanti kalau tak mengantuk, tak pepasal sendawa tak sudah waktu solat.

      Delete