Kacang sepat balado menu Ramadan ke-10.


Tadaa! Seperti yang dirancang. Kelam-kabut aku pergi kutip kacang sepat petang semalam. Risau tak sempat masak untuk berbuka. Nak buat balado kena ada cili. Cili pulak tak boleh nak masak cepat-cepat. Nanti tak masak elok.

Bahan-bahan

  • Segenggam kacang sepat
  • 10 biji cili merah segar (dikisar kering)
  • 2 biji lada merah besar (dikisar kering)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sk serbuk perasa
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan lada kisar.
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan kacang sepat.
  3. Kalau rasa terlalu kering, tambah sedikit air.
  4. Siap.

Aku buat simple je. Sebab agak kelam-kabut, tak sempat nak taruk ikan bilis sekali. Kacang sepat tu aku potong 2. Nak letak seketul terus macam tu besar pulak nanti rupanya.

Sebelum masuk dalam kuali.

Kacang sepat balado ni aku makan masa berbuka. Sedap yakmat. Kalau ikutkan tak elok. Ye lah. Makan pedas-pedas nanti perut meragam. Tak pepasal pending tarawih nanti. ๐Ÿ˜…

Post a Comment

12 Comments

  1. waahhh 1st time Ana tengok menu kacang sepat masak berlado.. yg selalu jumpa kacang sepat yg dah jadi kerepek tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa cipta sendiri resepi. Macam nak pegi buat copyright je ni. ๐Ÿ˜†

      Delete
  2. Tak pernah masak kacang sepat ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang sepat ni payah nak jumpa kat pasar atau pasar raya. Kacang buncis banyak lah. ๐Ÿ˜…

      Delete
  3. Replies
    1. Kann. Bila dah cukup perasa, semua jadi sedap.

      Delete
  4. Kacang sepat.. hihii tak pernah makan lagi ni .

    ReplyDelete
  5. kn dgn nasi panas2 ni
    mmg ngam teruks!

    ReplyDelete
  6. Sedap makan fresh from pokok. Ini kalau rebus saja buat ulam sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba. InsyaAllah kalau ada lagi kat pokok saya cuba rebus.

      Delete