Moreh dengan puding cendol NONA.


Tadi singgah Mydin. Ramai betul lautan manusia. Troli pun penuh dengan barang keperluan yang diorang beli. Paling ramai beratur kat kaunter MyKasih yang ada 4 kaunter dibuka.

Aku usha apa yang perlu beli. Takde apa. Semua keperluan raya dah siap beli minggu lepas. Jajan raya dah beli online. Masa pusing salah satu rak, aku tertarik dengan benda alah ni: Serbuk Puding Perisa Cendol.


Nampak menarik. Tak pernah aku makan puding perisa cendol. Harga RM3.60. Aku ambil sekotak tu masuk dalam bakul. Dalam hati, bila sampai rumah, nak terus masak. Lepas tarawih boleh makan.

Nak masak senang je. Campurkan sebuk puding ni dalam sukatan air menggelegak yang diberitahu kat belakang kotak. Bila dah larut, masukkan dalam acuan atau bekas. Simpan dalam peti sejuk.


Lepas tarawih, aku cairkan gula melaka pulak. Nak tuang atas puding cendol tu. Takde lah nampak kosong nanti. Rasa puding ni memang betul rasa cendol. Ada rasa santan dan gula melaka. Macam agak manis. Tapi masih boleh telan.

Tekstur puding cendol ni memang fluffy. Tak lembik, tak keras. Mungkin jugak sebab aku ikut sukatan yang betul. Sekotak puding ni untuk makan 2 orang boleh lah. Kalau nak makan ramai, kena beli lebih.

Post a Comment

13 Comments

  1. waahhh fluffy tu yg kita mahukan hehe

    ReplyDelete
  2. Waduhhhh mesti menari nari ni masa nak kena sudu hahha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan je menari, siap zumba lagi ni. 😂

      Delete
  3. wah menarik nmpknya tu..tkpernh jmpa lg produk ni..nanti bole try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak semua pasar raya ada jual. Setakat ni, jumpa kat Mydin je.

      Delete
  4. First time tengok ni, boleh cari nanti. Sedapnya makan sejuk2 kan.

    ReplyDelete
  5. Eh, tengok kejadian macam menarik je. Ini kalau nak buat rasa-rasa ni boleh sangatlah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tapi kesedapannya buatkan saya nak repeat order lagi. 😆

      Delete
  6. First time ni tahu.. Menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete