Buat cermin mata baru di A-Look Eyewear.


Raya ke-4 aku pergi buat sim card baru. Lepas setel urusan tu, aku masuk dalam kedai cermin mata. Nak buat cermin mata baru sebab yang aku pakai dah patah.


Entah kenapa boleh patah aku tak tahu. Raya pertama tu masa duk kat dapur, tetiba bingkai bahagian atas patah. Tersembur keluar kanta. Tak boleh nak sambung guna selotep atau gam.

Cermin mata ni patah frame. Nak baiki pun macam mustahil.

Terpaksa beli baru. Dalam AEON Mall ni, ada 3 kedai cermin mata: Focus Point, A-Look dan MOG Eyewear. Harga untuk cermin mata mampu milik lebih kurang sama. Cuma kepelbagaian design tu je lah yang berbeza setiap kedai.

Aku keluar masuk setiap kedai. Tanya beberapa soalan cepumas kat staff dalam tu. Customer service semua kedai ni memang terbaik. Aku dilayan dengan sepatutnya walaupun aku pakai biasa-biasa je. Akhirnya, lepas puas hati, aku pilih untuk beli cermin mata dalam kedai A-Look Eyewear.


Masa nak siapkan cermin mata tu, aku tanya pasal warranty. Ye lah. Aku ni boleh tahan lasak bila pakai cermin mata. Risau kalau dah rosak nanti, takde jaminan pulak.

Bagusnya, staff tu inform apa yang boleh ganti, apa yang tak. Cermin mata aku ni kalau rosak pada skru dan nose pads, ada spare part ganti. Selain tu, kalau dalam masa 6 bulan pakai, permukaan kanta terkopek, boleh dapat ganti baru. Dan kalau dalam masa 1 tahun permukaan frame terkopek, boleh dapat ganti baru jugak. Itu lah yang aku faham masa staff tu explain.

Cermin mata ni staff tu cakap boleh ambil dalam masa 1 jam. Tapi sebenarnya hampir 2 jam jugak baru boleh dapat. Mungkin ramai customer kot waktu tu. Jadi, sebelum dapat cermin mata, aku pusing-pusing lah dalam AEON. Masuk market, masuk ECO dan masuk Popular sebab nak gunakan masa terluang tu. Kalau nak tunggu kat kedai cermin mata tu, memang jenuh lah.


Aku pilih design frame besi nipis. Nak cuba ikut trend. Boleh tahan selesa jugak lah pakai. Cuma disebabkan power aku tinggi, kanta jadi tebal.

Agak janggal sikit lah sebab biasanya aku pakai cermin mata frame plastik dan tebal. Kali ni, frame besi dan nipis. Harap mampu bertahan lah sekurang-kurangnya 2 tahun lagi.

Post a Comment

33 Comments

  1. Saya kalau buat spek mata mesti dua terus.. sebab kalau patah ada penganti sementara nak buat baru.. lagi2 keje selalu outstation.. mmg kena ada spare lebih dri satu huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. Kena ada spare nanti takde lah kalut bila rosak.

      Delete
  2. Rajin buat kami selidik setiap kedai.
    Bagus tanya terperinci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa lebih dan sebab nak pakai lama. Risau tersalah beli.

      Delete
  3. boleh nampak ke kalau pusing2 mall tanpa spek.. :D.. ldy kalau bukak spek mmg mcm buta.. mmg langgar mcm2 la kalau lalu :P..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cermin lama dapat semula lepas diorang check untuk buat baru. Kalau tak dapat, tak sanggup lah nak pusing mall. πŸ˜‚

      Delete
  4. Aduh, macamana lah boleh patah tu. Saya pun biasa buat di A Look Eyewear ni. Tapi cuma baru baru ni je bertukar kepada focus point. Saya masih setia dengan plastik, risau pulak nak pakai jenis kaca dan ada nose pads tu. Tapi sesekali kita ubah fashion, why not kan. Boleh juga mencuba. Buat spek ni harap bertahan lama. Kos nak buat spek pun bukan murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti sebab apa patah. Mungkin tak tahan lasak. Plastik saya suka sebab lagi ringan. Tapi yang besi ni pun boleh tahan ringannya sebab frame nya nipis je.

      Delete
  5. terpatah tanpa sengaja ke tu BK hehe.. sipbaik dlm Aeon Mall, boleh jln cuci mata dulu sementara tunggu siap kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tanpa sengaja masa kalut tetamu datang beraya. πŸ˜†

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian, boleh cuba untuk cermin mata en. Hb nanti. Nak tukar tapi ada je halnya.

    ReplyDelete
  7. time time gini laa dia patah pulakkk yaaa
    adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Memang tak bagi peluang nak beraya dengan tenang. πŸ˜…

      Delete
  8. p/s hari tu awak ada buat tutorial psl widget blog achieve hierarchy kan? Apa yg sy nak tanya ni mungkin ada kaitan kot dgn hal ni. Aritu sy try buat utk masukkan icon comel kat dlm blog achieve tu. Tp bla dah buat, icon tu cuma muncul pada bulan yg kita Γ©dit’ tu je. Ia tak muncul pun pd bln2 lps or bulan akan dtg (sy refer kat blog yg penah buat mcm ni).
    Rasa2 nya laa kan… boleh tak awak tengok2 kan dan apa yg boleh di ejas supaya icon tu boleh ‘wujud’ kat blog achieve tu?
    Kalua awak tak faham maksud soalan sy ni, awak boleh tgk blog achieved sy…
    Tu je…

    ReplyDelete
  9. Oh 1 lagi. kalau boleh sy tak boleh guna (icon) widget animated (GIF), kat mana ya boleh saya ejas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni tak berapa jelas. πŸ˜₯

      Delete
    2. maksud saya any widget yang berkelip2 or bergerak2 tu, bila saya masukkan dalam blog, not dissappear...
      so kat mana silapnya? apa yang boleh sy baiki?

      Delete
    3. GIF ni salah satu format gambar. Senang cerita, gambar dalam bentuk animasi (bergerak).

      Maksud awak, awak nak upload GIF dalam blog, tapi tak boleh?

      Delete
    4. ya betul. sblm ni boleh. tp lps blogger ubah apa ntah semua tu hilang. even widget yg cursor sentuh gmbr then gmbr boleh bergerak tu pun... trs hlg... kalau2 free nnt share laa tutorial... ramai tu yg berminat nk belajar widget2 sm.mcm 10-15 thn lps... PV blog awk pun melambung nnt😁

      Delete
    5. InsyaAllah ada masa lebih nanti saya usahakan.

      Delete
  10. Kalau patah ni nak tak nak kena buat juga. Kalau power tak tinggi leh la gagahkan lagi. Kalau tinggi susah la juga kan.....especially kalau nak memandu kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang merisaukan. Kena buat baru jugak sebab cermin lama pun dah rosak jugak. Kalau tak, boleh guna sementara.

      Delete
  11. Sha pun lasak juga.. Memang jenis plastik dan tahan lasak.. Bila spek patah tak tenang hidup rasanya.. kikiki.. Sha pernah pakai bingkai besi masa awal-awal pakai spek je tapi lepas tu memang pakai plastik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tertinggal pekataaan pakai pula.. kikiki..

      Delete
    2. Nak test tahan ke tak frame besi sebab tak pernah pakai. Masa awal-awal pakai pun, buat frame plastik sebab staff kedai kata ringan.

      Delete
  12. luluh rasa hati kan kalau patah.. sy nak buat spek baru, smpai sekarang tak buat2.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan semoga urusan dipermudahkan. 🀲

      Delete
  13. CCL suka kalau dapat customer service yang baik peramah . Lagi lagi boleh bagi pro and contra dalam sesuai barang .

    ReplyDelete
  14. cantik fram binkai nipis camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa macam tu. Nampak moden lah sikit dari spek sebelum ni. πŸ˜…

      Delete