Kisah aku dan takoyaki.


Hari tu kan aku ada pergi pesta buku. Masa nak balik dari situ, aku usha lah kedai makan dalam Mydin Mall tu. Bila nak hala ke A&W, aku ternampak pulak ada menu takoyaki sebuah gerai kat tengah-tengah laluan. Terus aku pergi dan tengok senarai menu. Ada takoyaki sotong kurita.

Malangnya takde stok. Aku buat-buat tanya lah ada stok lagi ke tak. Sorang staff kata dah habis, sorang lagi mengeluarkan kata-kata yang buatkan aku terdiam beberapa saat.

Dia kata lebih kurang macam ni: "Oh, abang ke yang nak beli untuk isteri yang tengah mengandung mengidam tu?". Aku tak tahu nak cakap apa. Dia ni sindir aku ke apa? Kahwin pun belum, macam mana nak ada bini pulak? 😂

Kedai takoyaki ni ada 2. Satu dalam mall dan satu lagi luar mall. Masa tu terus dia bagitau sorang staff mintak bawak aku ke kedai luar mall tu untuk buatkan takoyaki. Sebab kat luar tu ada lagi stok sotong kurita.

Sampai lah takoyaki aku siap. Tak terkata aku. Nak betulkan, risau pulak staff tu malu. Biarkan lah. Asalkan takoyaki sotong kurita aku siap dengan sempurna.


Harga untuk 4 ketul takoyaki ni RM12. Jatuh RM3 seketul. Takoyaki ni memang sedap. Sos dan tepung tu menjadi. Tapi lagi sedap kalau ada sekali sayur kubis. Sebab masa aku makan tu, tak terasa pulak ada sayur. Nori flakes pun takde.

Tapi bersyukur jugak. Mungkin rezeki aku nak makan takoyaki sotong kurita. Sebab besar jugak anak sotong kurita yang diorang letak tu. Aku pernah makan kat tempat lain, hanya kaki sotong kurita je yang diletaknya. 😂

Post a Comment

18 Comments

  1. bagitahula dia yg dia salah org :D

    ReplyDelete
  2. takpe next time boleh ajak je sesape preggymom tlg teman, biar dia nampak betul-betul ehh ada betul rupanya wife abg ni pregnant kikikiki~

    ReplyDelete
  3. Rezeki tak salah alamat biarpun tersalah anggap 😂

    ReplyDelete
  4. maka "isteri" abang pun tidaklah mengidam lagi...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti diorang pelik kalau si abang tu datang tanya pasal takoyaki sotong kurita ni. 😆

      Delete
  5. uishh.. puas hati dengan kuritanya tu.. nampak besar2

    ReplyDelete
  6. Usaha dia, walaupun salah orang. Rejeki tu, dapat juga makan.
    Singgah balas dan follow balik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gerai tu masih ada, boleh repeat order.

      Delete
  7. Hahah . Kelakar pulak ..terdiam bila abang takoyaki cakap macam tu kan .hahaha .. aduhaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak. Sesuka hati dia cakap macam tu. 😪

      Delete