Renew lesen kereta online melalui MYEG.


Masa raya kedua, aku renew lesen kereta. Kalau ikutkan, dah lebih tarikh. Selalunya aku akan renew tepat masa tarikh lahir. Kali ni tak terperasan pulak lesen dah expired.

Aku renew 2 tahun je. Dulu harga Rm70.60 untuk 2 tahun. Sekarang dah naik. Jadi RM71.88 termasuk kos laminate dan SST baru. Aku tak buat kat JPJ atau PosLaju sebab risau ramai orang. Tak pepasal kena que panjang. Baik buat online je.

Harga dulu (2022).

Harga sekarang (2024).

Cumanya online ni ada kelemahannya. Kita kena ada kat rumah masa staff MYEG tu hantar lesen baru. Sebab nanti nak kena cucuk IC dan thumb print kat mesin diorang.

Aku tadi pun kalut lah jugak masa staff tu call nak lokasi rumah. Aku nak send lokasi via WhatsApp tapi dia tak nak bagi nombor WhatsApp dia pulak. Bukan apa, nanti senang lah sikit nak cari rumah aku ni.

Dalam pukul 1.50 tengah hari tu aku duk kat dapur tengah main masak-masak untuk makan tengah hari. Ye lah. Waktu lunch kan? Tak tahu lah pulak aku tetiba staff tu sampai kat depan rumah dah. Aku tengok phone, ada beberapa missed call. Gamaknya dari staff tu lah.

Mana lah nak sedar. Rasa bersalah pun ada aku waktu ni. Mesti staff tu geram kat aku sebab tak jawab call. Muka staff tu bukan main masam mencuka. Sampaikan aku ucap terima kasih pun tak dibalas. πŸ˜“

Biar lah. Aku harap lepas ni mana-mana dispatcher atau kurier yang memerlukan sign, cap jari atau customer face-to-face, jangan lah datang waktu lunch hour (1 tengah hari hingga 2 petang). Takde lah nanti tertunggu-tunggu kelibat customer yang tengah duk tertonggek masak kat dapur.


Apa-apa pun, selesai lah urusan pembaharuan lesen memandu aku. Kali ni dapat lesen dalam bentuk slip, bukan kad dah. Nampak sedih jugak lah. Sama macam masa mula-mula buat lesen. Dapat dalam bentuk slip jugak. πŸ˜₯

Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah, akak pernah bw kereta x sedar lesen mampuih... Alhamdulillah kalau ade sekatan jln je jpj baik2 semuanya x mintak pun lesen.. mungkin mrk ingt akk xde lesen.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tu. Kalau tak, makan saman lah jawabnya. πŸ˜‚

      Delete
  2. x penah renew kat myeg ni. selalu g pejabat pos je

    ReplyDelete
  3. btw kalau renew lesen ni maknanya baru sambut birthday, kan? happy birthdayπŸŽ‚πŸŽ‚

    ReplyDelete
  4. Happy Belated Birthday awak.
    Tak pernah buat renew online sebab takut waktu dia mai kita takde kat rumah. Saya renew kat pejabat pos je, dapat resit, detail buka je apps JPJ. takde dah kad fizikal. tapi rasanya elok JPJ sediakan semua kad lesen untuk mudahkan keadaan ketika memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. 😁

      Kann. Saya pun rasa kad fizikal masih diperlukan. Melainkan JPJ atau polis dapat detect lesen melalui IC, takde masalah.

      Delete