Buah mangga ke buah mempelam?


Sekarang tengah musim buah mangga dan mempelam. Sekeliling rumah aku ada pokok mempelam. Galak betul pokok-pokok tu keluarkan bunga. Ada yang dah berbuah dan sedia untuk dimakan dah pun.

Cuma ada 1 pokok ni yang buahnya macam mangga. Alah mangga yang isinya kuning tu. Aku tak pasti pokok ni pokok mangga atau mempelam. Bunga pokok ni sangat merimbun.

Mangga dan mempelam lain ke?


Buah mangga orang makan yang masak. Bentuk buahnya lonjong. Selalu jumpa kat pasar raya. Antara varieti yang selalu dijual adalah mangga susu, chokanan, harumanis, Thai golden lily dan rainbow.

Mungkin ada yang kata mangga dan mempelam adalah sama. Tu belum masuk lagi pauh yang disebut orang Kelantan. Bagi aku, mempelam pulak buanya kecik molek (kecuali pelam epal) yang biasanya ditanam kat kawasan rumah. Selalunya dimakan masa masih hijau isinya bersama colek atau dibuat jeruk dan jarang orang makan yang masak. Ada tapi jarang sebab mempelam yang belum masak lagi sedap.

Setakat pembacaan aku, mangga, pauh dan mempelam ni dari keluarga yang sama iaitu mangga (mango kata omputih). Cuma spesies yang berbeza. Sebab tu nampak macam sama tapi tak serupa.



Pokok ni, aku pernah makan buahnya yang dah masak. Kulit masih warna hijau tapi isinya kuning dan manis rasanya. Berlemak pulak tu. Entah variety apa aku tak tahu.

Kalau ada pembaca entri ni yang tahu jenis apa buah ni, mohon inform. Aku cari kat Internet, tak pulak jumpa pasal buah ni. Banyak sangat mangga yang ada kat Malaysia. Sekali tengok macam sama. Tapi 2 kali tengok tak sama pulak.




Sampai cecah tanah buahnya. Nak kena tongkat dengan kayu. Kalau lama-lama duk macam tu, nanti serangga atau haiwan perosak datang makan free. Kempunan pulak lah nak makan buah ni. Dah lah payah nak berbuah.

Kali ni aku biar tak berbalut dengan kain atau jaring. InsyaAllah tak rosak kes ada koloni kerengga yang jaga buah-buah ni. Dulu banyak semut hitam yang selalu rosakkan buah dan dahan pokok. Tapi lepas munculnya kerengga, buah-buah mempelam kawasan rumah berjaya membesar dengan jayanya.

Post a Comment

17 Comments

  1. ingatkan mangga dan mempelam tu sama aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah Wak. Tak berani nak kata sama atau tak. 😓

      Delete
  2. laaa. ingat sama. kat kampung dulu2 akak panggil mempelam. bila dah berhijrah lama ke KL panggil mangga. tak tau kata tak sama ye. tq info.

    ReplyDelete
  3. Lain2 rupanya mangga dan mempelam tu...
    Linda Igtkan sama je, cuma nama panggilan lain2 Mengikut longhat negeri masing2... Apa2 pun kalau yg muda, jenis rangup tu.. Buat mangga asam boi.. Sedappp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti. Kalau ada sesiapa yang buat kajian mendalam pasal mangga, pauh dan mempelam pasti menarik.

      Delete
  4. ya Allah nikmatye kalau kat rumah ldy boleh ditanam buah2 masam mcm ni, favourite ni... org trg buat lauk dgn mempelam ni.. nti ldy try buat, sedap yg amat.. makan nasik ngn ikan goreng berlaukkan kuah dari buah mempelam ni.. tp ldy lupe la nama lauknye ape.. masakan org dulu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lauk apa tu? Kalau yang belum masak, orang biasa buat kerabu.

      Delete
  5. Bukan sama ke? Cuma ikut loghat masing²... Sefaham PH mcm tu la hihi...pauh pula saiznya lebih kecil dari Mangga/pelam ikut fahaman PH la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar macam tu jugak. Tapi macam tak yakin pulak sebab takde info lanjut.

      Delete
  6. yang membezakannya hanyalah sebutan @ panggilan pd buah tersebut

    pelam/mempelam : sebutan orang utara
    pauh : orang pntai timur

    cuma....biasanya di Malaysia...Pelam berwarna hijau dan rasanya masam..klw Mangga berwarna kuning/jingga yang rasanya manis sekali....HAKIKATnya, sama sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dari keluarga yang sama tapi spesies yang berbeza. Macam itu lah fahaman saya. 😅

      Delete
  7. Summer in Malaysia = Musim mangga/pelam 🥭 Panggil la apapun, yg penting maksudnya sampai 😂

    ReplyDelete
  8. Meriah pokok tu berbuah. Rezeki berbudi pada tanah.
    Saya panggil pelam je.. kalau nak eksyen sket panggil mangga 😁

    ReplyDelete
  9. tak pernah lagi sebut mempelam...jadi mmg biasa sebab mangge je lah

    ReplyDelete