What's up?

  • run

    HOME

Ayam bakar kimchi air fryer x nasi goreng kimchi.


Melayan drama Korea kebelakangan ni buatkan aku nak makan makanan Korea. Salah satu makanan favourite aku harus lah kimchi. Tak kisah masak megi ke, nasi ke, kalau taruk kimchi, memang bangkit rasa. Siap menambah-nambah. Macam makan sambal penyet pulak.

Memandangkan rumah aku ni ada air fryer, konon nak cuba lah buat ayam bakar kimchi. Sebenarnya aku konfius nak panggil apa bila masak ayam guna air fryer. Bakar ke goreng? Sebab kalau nak dipanggil goreng, rupa ayam tu bila dah siap, tak nampak macam goreng. Lebih kepada bakar. Tapi nama mesin ni fryer yang bermaksud penggoreng. Jadi, aku confius kat situ. Aku assume macam ni lah rupa goreng tanpa minyak. Macam dibakar, tapi digoreng.

Aku buat dua menu. Satu ayam bakar kimchi dan satu lagi nasi goreng kimchi. Resepi nasi goreng kimchi aku ada buat dalam satu entri sebelum ni. Ringkas, mudah dan cepat. Tak ambil masa yang lama pun.


Untuk ayam bakar kimchi ni pulak, bahan yang aku guna memang tak banyak. Main campak-campak pun dah siap.

Bahan-bahan
  • Beberapa ketul isi ayam
  • 1 sb serbuk kimchi HEXA
  • 1 sb sos tiram
  • Secubit garam

Langkah-langkah
  1. Gaul ayam dengan serbuk kimchi, sos tiram dan garam.
  2. Masak dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 200 °C.
  3. Siap.


Mudah kan? Tak perlu perap pun. Buang masa. Dan ayam tu memang elok masak walaupun aku tak balikkan. Makan sekali dengan nasi goreng kimchi. Layan sampai licin pinggan. Tak tahu lah memang sedap atau sebab aku kelaparan waktu tu.

10 comment (s):

  1. Baru tahu ada serbuk kimchi. Menari, nampak sedap!

    ReplyDelete
  2. tekak masih tak boleh nak terima kimchi walauponn pernah ke korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mula-mula makan memang tekak tak boleh terima. Lepas cuba beberapa jenama, baru jumpa yang boleh telan.

      Delete
  3. Terliur pulak kita. Ada kimchi ni macam macam boleh buat olahan menu. Paling suka kimchi campur maggi kari dan buat nasi goreng kimchi. Memang terbaiklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sedap sebenarnya kimchi ni. Sebab tu orang Korea suka makan. Ada yang simpan sampai berpuluh tahun. Sebab katanya makin lama simpan, makin sedap.

      Delete
  4. Replies
    1. Kann. Tak tahu dah wujud ke tak sebelum ni. 😅

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.