What's up?

  • run

    HOME

Layan drama Korea Miss Kim's Million Dollar Quest.


Drama ni pernah tayang kat TV2. Tak silap aku masa tahun 2005 pukul 4 petang. Dulu tu antara slot drama Korea kat TV2. TV2 ni memang banyak je tayang drama Korea tapi slot banyak berubah. Ada dari pukul 11 pagi. Ada 12.30 tengah hari. Lepas tu pukul 2 petang. Berubah pulak kepada 4 petang. Dan pukul 6 petang pun pernah tayang.

Aku tengok drama ni pun masa balik sekolah. Kelas aku biasanya akan balik lambat sikit dari kelas lain. Kesnya waktu tu ada Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ). Bila ada peluang tengok TV, memang sempat lah tengok drama ni. Tapi sayang tak semua episod sempat tengok. Ada beberapa episod yang aku missed.

Tajuk: Miss Kim's Million Dollar Quest
Jumlah episod: 16
Genre: Comedy, romance
Bahasa asal: Korea
Tarikh tayangan: 7 April 2004 - 2 November 2004
Siaran TV: SBS
Pelakon: Kim Hyun Joo, Ji Jin Hee, Kim Sung Ryung, Park Gun Hyung, Bong Tae Kyu, Hong Soo Hyun, Sung Ji Ru

Sinopsis

Kisah Miss Kim bersama-sama Moo Yeol berganding bahu untuk menjadi jutawan. Macam-macam kerja part-time yang diorang buat untuk kumpul duit. Miss Kim nak buktikan yang dia mampu jadi kaya untuk dapatkan semula bakal suami dia yang dirampas. Moo Yeol pulak nak kumpul duit sebab nak bayar hutang keluarga dia.

Watak-watak

Kim Eun Jae (Miss Kim) - Gadis polos tapi berani yang ditinggalkan kekasihnya pada hari perkahwinan. Bekerja kat syarikat dalam bidang design dan architecture. Lepas dapat tahu yang kekasih dia tinggalkan dia sebab dia tak kaya, Eun Jae berjanji yang dia akan jadi jutawan untuk dapatkan semula apa yang dia hilang.

Park Moo Yeol - Anak businessman yang hilang segala-galanya selepas ayah dia bankrap dan dipenjara. Dia terpaksa jual segala harta yang dia ada untuk langsaikan hutang keluarga. Disebabkan takde tempat tinggal, dia tinggal sekali dengan Eun Jae.

Suh Woo Kyung - Nampak innocence tapi rupanya perampas bakal suami orang. Sanggup gunakan apa saja cara termasuk cara kotor untuk pastikan Eun Jae tak dapat bersama semula dengan Yoo Young Hoon.

Yoo Young Hoon - Bakal suami Eun Jae. Sanggup batalkan perkahwinan dengan Eun Jae pada hari yang sama disebabkan termakan tawaran anak orang kaya, Woo Kyung yang menjanjikan bulan dan bintang.

Kim Bong Gyu - Jiran Eun Jae yang juga anak owner rumah yang Eun Jae sewa. Pandai dalam ekonomi tapi sangat berjimat-cermat dalam berbelanja. Antara orang yang berusaha gigih tolong Eun Jae untuk jadi kaya.

Jin Yi - Model iklan kat syarikat fotografi Moo Yeol. Suka kat Moo Yeol tapi Moo Yeol hanya anggap dia sebagai adik. Walaupun gedik tapi baik. Suka tolong Moo Yeol dan Bong Gyu. Akhirnya bercinta dengan Bong Gyu.

Jo Min Ho (Mr Jo) - Ah Long yang Moo Yeol pinjam duit. Mr Jo ni suka kat Miss Kim tapi cinta bertepuk sebelah tangan. Lawak bila ada karakter dia dalam drama ni. Setiap kali scene dia, mesti ada background music ala klasik.

Ulasanspoiler alert

Kisah bermula bila Kim Eun Jae aka Miss Kim ditinggalkan bakal suami dia pada hari perkahwinan. Disebabkan tak nak orang lain tahu, Park Moo Yeol, jurugambar perkahwinan waktu tu, bawak Eun Jae lari dari dewan perkhwinan.

Lari dari majlis kahwin.

Ingatkan masalah habis sampai situ je. Tapi nasib tak baik bila kawan-kawan ofis Eun Jae bertanya pasal housewarming party. Eun Jae terpaksa berlakon yang dia dah kahwin. Park Moo Yeol terpaksa dijadikan suami dia untuk elakkan gosip kat tempat dia kerja.

Eun Jae dapat tahu yang bakal suami dia, Yoo Young Hoon sanggup tinggalkan dia sebab apa. Kisahnya macam ni. Eun Jae dan Young Hoon kerja kat syarikat yang sama. Tapi syarikat diorang bergabung (merge) dengan syarikat lain. Macam diambil alih. Bos baru diorang, Suh Woo Kyung ni nak dekat bakal suami Eun Jae.

Impian Young Hoon nak ada balai cerap kat rumah sendiri. Woo Kyung orang kaya. Boleh bina apa yang Young Hoon nak. Jadi, Woo Kyung tu gunakan kekayaan dia untuk rampas Young Hoon daripada Eun Jae. Eun Jae berjanji yang dia akan jadi jutawan untuk dapatkan semula bakal suami dia dari perempuan perampas tu.

Kisah Moo Yeol pulak, bila ayah dia jatuh bankrap dan dipenjara, Moo Yeol ni terpaksa bayar hutang keluarga dia. Untuk dapat duit, dia jual kereta, motor dan studio tempat dia tinggal. Disebabkan takde tempat tinggal sendiri, dia sewa bilik dalam rumah Eun Jae. Mula dari situ lah dia dan Eun Jae buat macam-macam kerja part-time untuk jadi jutawan. Antara kerja yang diorang buat:
  • Penghantar susu
  • Jurugambar
  • Valet parking service
  • Upah basuh pinggan kat bar
  • Buka kedai bunga
  • Pemungut sisa ikan kat pasar
  • Buka gerai buah celup sirap

Waktu pembukaan kedai bunga.

Gerai buah celup sirap.

Tapi ada yang tak puas hati dan sabotaj kerja diorang. Walaupun banyak kali jatuh bangun yang Eun Jae dan Moo Yeol ni alami, tapi diorang tetap bersatu untuk jadi jutawan.

Bila kira balik, dah 16 tahun rupanya kali terakhir aku layan drama ni. Sekarang baru sempat tengok dari awal sampai habis. Baru aku faham 100% jalan cerita. Dulu banyak tertinggal episod. Bila tengok online ni, memang takkan tertinggal lagi dah. Tak faham, boleh ulang berkali-kali.

2 comment (s):

  1. Replies
    1. Betul. Suka tengok drama ni. Tak sangka Korea dah ada cerita macam ni dari dulu lagi. Terasa semangat berkobar untuk improve diri.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.