What's up?

  • run

    HOME

Lauk ikan selar kuning masak merah. Takde lauk lain pun takpe.


Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang disukai ramai? Anak ikan? Entah. Aku pun tak tahu. Tapi ikan yang aku paling suka ialah ikan selar kuning. Dari dulu sampai sekarang, kalau ada menu ikan selar kuning kat depan mata, aku memang tak pandang dah menu lain.

Banyak menu yang boleh dihasilkan dengan menggunakan ikan selar kuning. Selain masak merah, selalunya aku akan buat masak kicap, ikan singgang dan jugak goreng kunyit bodoh je. Sedap bila goreng garing sampai tulang pun hancur. Bila makan tu, krup krap bunyi satu rumah.

Ikan selar kuning.

Biasanya famili aku buat masak merah guna ikan kembung. Tapi aku tak suka sangat ikan kembung. Entah. Mungkin isi tebal sangat. Bila goreng, payah nak garing. Aku bab ikan, memang aku suka ikan yang garing. Kalau goreng ikan bilis, satu balang boleh habis bila makan sambil tengok TV.


Kalau buat ikan masak merah, selalunya ikan selar kuning lah yang aku suka. Goreng ikan sampai garing dan masukkan dalam tumis masak merah tu. Gaul-gaul sikit, dah siap. Ekor, kepala semua habis dikunyah. Yang tinggalnya tulang tengah dan tulang tepi yang tak nak garing.

8 comment (s):

  1. Iniii makan nasi panas² kalau saya kompom 2 kali tambah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Tak dapat tahan bila tengok menu macam ni. 😅

      Delete
  2. Ingat kawan ammi sorang sampai nangis merajuk dgn suaminya sbb suaminya kalau ke pasar mesti memanjang beli selar kuning. Kawan ammi takde can nak request ikan lain pun.. Haha kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai. Tapi nak buat macam mana. Mungkin favourite dia macam saya jugak. 😄

      Delete
  3. Suka jugak masak gini. Setuju part kena goreng garing-garing kalau nak lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng garing makan dengan nasi putih panas-panas. Memang menambah lah nanti. 🤭

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.