What's up?

  • run

    HOME

Dapat jugak merasa Kek Pandan Gula Melaka McD.


Setelah sekian lama teringin nak cuba makan kek ni, akhirnya berpeluang jugak makan. Rupanya bukan McD yang buat, tapi Secret Recipe yang buat kek ni. Kiranya McD collab dengan Secret Recipe lah ni.

Sedap ke kek ni?

Serius aku tak pernah lagi makan kek pandan gula melaka. Jadi, aku tak tahu apa rasa sebenar kek pesen gini. Sebelum ni aku ada tengok review kat YouTube. Katanya kek ni kuat sangat rasa gula melaka. Betul ke?


Aku pun apa lagi, cuba makan kek ni. Ya. Memang kuat rasa gula melaka. Kekuatan rasa gula melaka tu menenggelamkan rasa pandan. Bagi aku, lagi better kalau kek ni dinamakan kek onde-onde. Sebabnya kalau makan sambil tutup mata, rasa sebijik macam onde-onde.


Sedap? Tak dinafikan memang sedap. Rasa premium. Tak macam rasa kek murah. Kelapa parut kat atas tu bukan sekadar hiasan tau. Boleh jadi pemangkin atau booster kesedapan kek ni. Tapi kalau nak dibandingkan dengan kek Secret Recipe yang lain, aku boleh kategorikan kek ni antara least favourite aku. Sebab? Aku lebih suka makan kek chocolate indulgence.

Kek pandan ni not bad but could be better bak kata omputih. Kalau tekstur kek pandan ni dilembutkan lagi, aku yakin tiap-tiap bulan memang wajib aku singgah kat McD sebab nak beli lagi kek ni.

18 comment (s):

  1. wahh siap kelapa parut kat atas kek pandan tuu., ;p

    ReplyDelete
  2. wah nampak sedap! menarik betul hijau dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Masa bukak kotak tu pun terus tak sabar nak makan.

      Delete
  3. kena cari jg ni..ramai yg kata sedap..

    ReplyDelete
  4. Kalau setiap bulan wajib beli kek pandan ni , dh betul2 jdi feveret BK lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Best sebab jarang nak jumpa kek onde-onde. 😂

      Delete
  5. Kek pandan kenalah lembut macam kek span tu barulah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang saya harapkan. Lembut macam span. Tapi kek ni keras sikit.

      Delete
  6. komen yang adil dan saksama untuk kek ini

    ReplyDelete
  7. boleh lah cube nanti.. review baik

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.