What's up?

  • run

    HOME

Penggunaan Sir di awal nama. Boleh ke tak?


Penggunaan Sir asalnya dari Britain. Dianugerahkan (knighted) oleh King atau Queen kepada lelaki yang berjasa atau buat sesuatu yang sangat baik kepada negara. Wujud pada zaman medieval lagi di mana golongan yang menerima gelaran tu merupakan kesatria (knight). Kalau tengok cerita Merlin, mesti akan perasan banyak nama yang ada Sir termasuk lah Sir Lancelot.


Kiranya kalau kat Malaysia, Sir ni darjah kebesaran macam Datuk, Tun, Tan Sri dsb. Sebagai tanda pengormatan atas jasa yang diberikan kepada negara.

Ikut rules Britain, penggunaan Sir dalam kata nama hanya dibenarkan untuk mereka yang telah knighted dan golongan bangsawan. Tak boleh digunakan pada sebarang orang. Contohnya jiran sebelah rumah, dipanggil Sir Simon walaupun dia penjual nasi lemak. Ini tak boleh sebab Simon tu tak knighted dan sepatutnya dipanggil Mr. Simon.

Lain tempat, lain budaya, lain penggunaan

Umum tahu kat Malaysia kebanyakan nama yang dipanggil mesti lah bermula dengan tanda hormat untuk memanggil mereka yang lebih tua. Contohnya adik beradik kita. Biasanya kita panggil kakak atau abang sebagai Kak (diikuti nama) atau Abang (diikuti nama). Berbeza dengan negara sana yang menggunakan nama terus, tanpa ada kata panggilan di hadapan. Bukan tak hormat tapi tu budaya dan bahasa diorang.

  • Sir Lancelot (knighted) ✔️
  • Sir Huzairul (teacher) ✔️
  • Thank you, sir! ✔️

Kalau kita perasan kat Malaysia, penggunaan Sir biasanya digunakan sejak zaman sekolah lagi yang diberikan gelaran kepada guru Bahasa Inggeris lelaki. Sir di sini tak bermaksud darjah kebesaran. No. Never. Tapi panggilan hormat dan specialized hanya untuk guru yang mengajar Bahasa Inggeris atau subjek dalam Bahasa Inggeris (Math, Fizik dsb).

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Sejujurnya, takde apa pun yang salah dengan penggunaan Sir untuk memanggil guru Bahasa Inggeris tu. Setiap negara tak sama penggunaan title pada nama walaupun kita menggunakan bahasa yang sama. Tak boleh nak larang sesuka hati. Kononnya kita belajar bahasa yang salah, penggunaan panggilan yang salah.


Kenapa wujudnya Sir di awal nama guru Bahasa Inggeris? Yang ni kita kena faham dan cari punca. Boleh je nak panggil guru tu dengan Mr. dan masih nampak English kan? Tapi lagi special bila guna Sir. Maksudnya, takde guru subjek lain yang boleh guna pakai title Sir ni selain guru Bahasa Inggeris. Lagi satu, mudah untuk membezakan diorang dengan guru-guru subjek lain. Kat sekolah, guru-guru Bahasa Inggeris kan lagi kherlass.

Konklusinya, penggunaan Sir di Malaysia bukan lah merujuk kepada darjah kebesaran. Takde dalam IC atau penggunaan rasmi pun. Kalau ada, tu memang something wrong. Kita panggil Sir Huzairul (contoh) sebab kita hormat pada dia dan dalam masa masa, mengklasifikasikan dia sebagai guru Bahasa Inggeris.

Takde yang salah pun. Jadi, tak perlu lah nak guna ayat Betulkan yang biasa, biasakan yang betul tu. Ayat tu tak boleh diaplikasikan dalam kes ni. Sebab wujudnya pangggilan Sir bukan lah dari gelaran darjah kebesaran dan sama sekali bukan merujuk kepada darjah kebesaran tu.

Kita hormat budaya orang, insyaAllah orang hormat budaya kita. Tak perlu nak malu dengan kawan-kawan British. Mungkin orang British akan pelik bila tahu yang orang Malaysia senang-senang je guna gelaran Sir. Tang ni lah kita kena explain kat diorang. Sir kat Malaysia ni tak sama dengan Sir kat sana walaupun kita menggunakan bahasa yang sama.

14 comment (s):

  1. Well explained. Masa sekolah menengah ada 3 cikgu math yang dipanggil Sir. Cikgu2 level otai yang dah nak bersara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Cikgu yang ajar dalam BI, memang kitorang panggil Sir, Madam atau teacher.

      Delete
  2. Dulu ada cikgu kami yang tak bagi panggil dia sir.. "I'm not Sir, just call me Mr.Tan"

    ReplyDelete
  3. alaaaa cikgu kita semua cikgu pompuan hehehe... x dapat nak panggil Sir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni lagi bagus. Tak payah nak explain penggunaan Sir. 🤭

      Delete
  4. dulu ada kawan sekerja wak tu matsalleh (org belanda) tak suka kalo dipanggil sir walopon kita cuma nk ckp polite je gituuu., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan lecturer saya yang foreigner. Kalau boleh dia nak kita panggil nama je.

      Delete
  5. teringat masa kerja di Petrosains, visitor panggil saya 'Miss', saya panggil dia 'Sir'. Dia gelak, pastu suruh panggil Mister. Masa tu manalah tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Kita sebut Sir sebab culture kita macam tu.

      Delete
  6. cikgu2 english mama duli mmg kitaorg panggil sir. bagi can lah cikgu2 tu rasa macm knighted gak. diorg pun byk jasa kan

    ReplyDelete
  7. Teringat zaman sekolah . Kalau cikgu lelaki yg mengajar bahasa inggeris dipanggil Sir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang macam tu. Tak boleh lari dah dengan budaya kita.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.