What's up?

  • run

    HOME

Cheam June Wei sah tinggalkan BAM.


Semalam dikejutkan dengan berita tarik diri salah seorang pemain perseorangan lelaki badminton Malaysia iaitu Cheam June Wei dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dikatakan penarikan diri dia dari BAM disebabkan underperformed dan gagal untuk capai KPI. Masa match Belgium dan Czech hari tu boleh nampak yang overall performance dia kureng berbanding sebelum ni.

Nak kata dia tak power, masa Piala Thomas aku tengok elok je dia main. Siap menang bila lawan dengan pemain yang ranking berpuluh lagi tinggi dari dia. Dia lah antara pemain yang berusaha bawak team Malaysia ke peringkat suku akhir.


Dikatakan jugak yang kekuatan fizikal dia dah menurun disebabkan COVID-19. Stamina dia tak sehebat sebelum dia kena virus tu. Boleh jadi jugak kan? Even mak ayah aku pun badan terasa lesu dan tak bermaya lepas cucuk vaksin.


Entah. Mungkin expectation BAM terlalu tinggi terhadap dia. Ye lah. Nak cari pengganti LCW bukan senang. Even LZJ sekarang pun aku tengok masih jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan kualiti LCW. Pemain badminton macam LCW, Lin Dan dan Chen Long payah nak jumpa sekarang ni.

Walaupun dah keluar dari BAM, semoga Cheam June Wei terus sukses dalam dunia badminton. Badan profesional aka private kan ada. Selagi ada upaya dan minat dalam badminton, kat mana-mana pun boleh survive.

2 comment (s):

  1. Semoga terus sukses selalu wlwpun dh tarik diri dari BAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Ramai je yang berjaya walaupun tak duduk bawah BAM.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.