What's up?

  • run

    HOME

Khasiat ikan siakap yang perlu diketahui.


Isu harga ikan siakap yang dikatakan terlalu mahal masih belum reda. Harga sampai ribu riban? Fakta ke auta? Entah. Yang pasti aku tak makan ikan-ikan besar. Even famili aku buat siakap 3 rasa pun memang aku jarang nak sentuh. Untung kan? Jimat duit.

Scroll kat Twitter. Terbaca pulak yang ikan siakap ni banyak khasiat rupanya. Selalu dengar ikan sumber protein dan vitamin je. Tak sangka pulak ikan siakap mampu turunkan hipertensti. Kalau dah harga beriban, mampukah ikan siakap turunkan hipertensi? Agaknya makin naik adalah! 😅

Khasiat ikan siakap

  • Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan.
  • Sumber omega-3, vitamin, protein dan mineral lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium.
  • Masak lah secara sihat sama ada secara kukus, panggang atau air fryer.
  • Jika perlu goreng, kurangkan penggunaan minyak. 
  • Gunakan minyak sayuran seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol.

Ikan favourite aku tentu lah ikan selar kuning. Ikan kecik yang selalu beli kat pasar. Biasanya aku goreng kunyit sampai garing atau buat masak merah. Ikan besar aku tak pandai makan. Maklum lah membesar bukan dalam famili kayangan.

Bila tengok orang sanggup berhabis duit atas alasan sekali-sekala apa salahnya atau reward untuk diri sendiri bla bla bla, aku geleng kepala. Kalau golongan kayangan, takpe lah. Mungkin tu rutin harian diorang makan menu kayangan. Tapi kalau rakyat marhaen yang acah-acah kayangan, memang nak kena jumping smash sekali baru sedar dari mimpi agaknya.

6 comment (s):

  1. Fav sy ikan kembung.. sedapnya kalo digoreng mcm tu saja smpai ke anak2 pn suka ikan kembung goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan kembung pun best jugak. Kalau dapat yang fresh, memang manis rasa isinya.

      Delete
  2. Seram dengar nama ikan siakap sekarang. Risau nak order ikan siakap yang dah masak kat kedai. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram sejuk. Kalau nak order, kena tanya harga total siap-siap. 🤭

      Delete
  3. Sekali sekala reward kan diri tak salahkan . Sedap siakap ni . Lagi2 kalau dibakar . Laju jerr

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.