Blog loading? Salah pilih template ke?


Masalah loading memanjang vs Blogger memang tak dapat lari. Asyik nak melekat berdua macam belangkas. Macam-macam tips dan tutorial yang aku baca tapi adakah semua tu betul-betul dapat selesaikan masalah loading ni?

1. Widget tambahan bukan milik Blogger.


Setiap bloggers ada template tersendiri yang diorang guna. Dan setiap template tu diletakkan beberapa widget (kebanyakannya sidebar) bagi memudahkan audiens cari info penting dan dalam masa sama, dapat buatkan sesebuah blog tu lebih user-friendly dan berinformasi. Contohnya macam widget Recent Posts dan Popular Posts.


Maksudnya kat sini, kebanyakan bloggers tak guna template tu 100% asli. Mesti ada nak letak something atau touch up supaya blog lebih menarik. Kalau widget yang diletakkan merupakan milik Blogger, selalunya takde masalah. Tapi kalau 3rd-party developers yang buat, akan jadi masalah. Sebab? Bloggers atau Google sekarang ni kalau diorang update apa-apa dalam sistem, takde nya nak bagitau kita. Even developers pun tak tahu perubahan tu.


Bila jadi macam ni, akan bagi kesan pada widget yang 3rd-party developers buat. Contohnya Blogger guna domain baru untuk simpan gambar (https://blogger.googleusercontent.com) daripada domain asal. Perubahan ni secara langsung beri kesan kepada widget 3rd-party developers yang memerlukan thumbnail gambar untuk muncul. Jadinya kat sini, untuk elakkan blog dari loading terlalu lama, elakkan guna widget 3rd-party developers melainkan kita tahu cara untuk fix code widget tu bila ada masalah.

2. Kelajuan internet.


Yang ni satu hal. Pernah jadi kat aku. Aku pakai dua nombor phone dan langgan dua data. Satu data elok je bukak blog. Tapi satu lagi tak dapat bukak. Puas duk refresh. Rupanya baru perasan. Line internet tak sama laju. Walaupun sepatutnya kelajuan yang sama macam diiklankan tapi setiap lokasi tak sama.


Ada beberapa ketika jugak sesetengah telco tengah buat maintenance. Waktu kita nak berblogging, waktu tu lah diorang sibuk nak upgrade sistem. Yang ni lah yang akan kacau experience kita untuk berblogging tanpa kita sedar.

3. Template tak salah tapi...


Usah gelabah untuk tukar template kalau ada masalah macam ni. Tapi cara paling efektif adalah tukar template. Sebab? Mungkin template lama yang kita pakai tu terlalu banyak HTML, CSS dan JavaScript yang tak updated. 3 serangkai ni lah yang mainkan peranan penting dalam sesebuah website.


HTML boleh diibaratkan tulang belakang sesebuah website. Takde HTML, tak hidup lah website. CSS pulak macam baju dan seluar website. Kita boleh hidup tanpa pakai baju dan seluar tapi agak janggal kan? JavaScript aka JS ni tak semestinya ada dalam website. JS ni berperanan nak jadikan sesuatu website tu lebih interaktif. Contohnya widget Scroll to Top. Widget ni bila kita klik, page akan dibawak dari bawah ke atas.

Mungkin kita tak perasan ada banyak JS yang tak updated dalam template yang kita pakai sekarang. Kalau tukar yang baru pun, masalah tak semestinya selesai. Atas nasib. Kalau kita pandai bab coding, tak jadi masalah. Tapi kalau tak tahu, agak susah sebab nanti bila masalah sama berulang, part lain akan dipersalahkan.

4. Blog responsif vs loading.


Blog responsif vs loading takde kaitan sama ada secara langsung atau tak langsung. Responsif hanya digunakan bila saiz skrin berubah. Contohnya bila kita bukak blog guna tablet, saiz blog jadi lain. Dan bila kita bukak blog guna phone, saiz pun akan berubah jadi lain.


Kalau nak cari template untuk elakkan blog loading, tak perlu tengok sama ada template tu responsif ke tak. Responsif ni cuma bonus bagi blog tu. Kalau blog responsif, maka mana-mana audiens yang baca blog kita akan jadi seronok dan memudahkan diorang baca tanpa gangguan.

Sesetengah blog masih lagi tak guna pakai kelebihan responsif ni. Macam blog aku yang tak responsif. Tapi tak bermakna blog aku ada masalah untuk dibaca dsb. Macam aku bagitau, responsif adalah bonus. Yang mana dapat memudahkan pembaca untuk membaca dengan lebih selesa.

5. Widget Top Commentator bermasalah.


Mana-mana blog yang aku singgah yang ada widget Top Commentator ni kat muka depan blog diorang, mesti blog tu akan ambil masa untuk fully-loaded. Ambil masa yang agak lama untuk loading.


Aku memang perasan benda ni dari awal masa mula-mula lekat widget tu kat sidebar. Purata untuk blog aku munculkan widget tu adalah selama 30 saat. Tu pun aku dah set komen kepada 30 hari terakihir. Kalau owner blog tak set bilangan hari, agak-agak berapa lama masa diambil untuk blog fully-loaded?

Tapi tak semua blog macam ni. Contoh aku bagi blog yang takde masalah loading melampau bila letak widget Top Commentator adalah blog SalbiahM. Tak sampai 10 saat pun untuk blog beliau fully-loaded. Mungkin template yang digunakan tu compatible atau ngam dengan widget Top Commentator.

Kesimpulan


Banyak faktor yang sebabkan blog asyik loading. Bukan template je tau. Kalau ada masa, cuba tengok satu per satu widget yang kita letak. Mana lah tahu dalam banyak-banyak widget tu, ada satu yang jadi parasit.

Secara keseluruhan, bergantung kepada keperluan seseorang untuk tukar template bagi mengatasi masalah loading yang tak kesudahan. Nak mudah dan jimat masa, terus tukar template. Tak payah fikir panjang. Kalau terlebih rajin macam aku ni, pakai je lah template yang sedia ada. Bila ada masalah, boleh cuba baiki sendiri mana-mana bahagian yang bermasalah.

Post a Comment

10 Comments

  1. Javascript kekadang ambil masa untuk loading. huhu.

    ReplyDelete
  2. saya sebenarnya tak pandai coding, tapi bak kata awak mungkin kebetulan widget tu compatible dengan template walaupun third party. Terima kasih mention blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Selalu perasan cepat je widget tu muncul.

      Delete
  3. Hehe saya tidak tahu blog saya cepat ke tidak kalau tengok daripada pc sebab saya tengok secara mobil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buka blog NA cepat je. Takde masalah loading.

      Delete
  4. Muncul terus si Sal bila nama dipetik.

    Ammi pon x letak dah widget top commentator tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Bagus-bagus. 😅

      Widget tu memang melambatkan blog. Praktikal tapi tak efisien.

      Delete