Order air blueberry kat Ai-CHA.


Kali kedua aku masuk Ai-CHA masa keluar ke bandar. Aku masuk sini sebab nak tanya pasal sampul Deepavali. Kata staff, sampul tu tak masuk cawangan diorang.


Semoga management Ai-CHa tolong letak remark kat iklan lain kali. Kalau promo tu hanya ada kat cawangan tertentu, mohon taruk Selected Stores kat gambar iklan tu. 😪

Tapi takpe lah. Alang-alang dah masuk sini, aku order lah apa yang berkenan. Memandangkan promo baru ni ada air blueberry, aku order seketul.


Harga asal RM5 tapi sebab ada diskaun 20%, aku perlu bayar RM4 je. Ingat nak order sekali dengan aiskrim. Tapi sebab kat luar masih hujan, aku beli air biasa tu je.

Keadaan air selepas goncang.

Air blueberry ni boleh tahan sedapnya. Dalam tu ada ketulan jelly dan buah blueberry. Ada rasa masam dan manis blueberry. Ada jugak rasa teh. Agaknya air buah ni ada campuran teh jugak kot. 😆

Post a Comment

1 Comments