Akan datang: Komik Cardcaptor Sakura versi Bahasa Melayu dari Gempakstarz.


Aku punya lah excited bila dapat tahu Gempakstarz nak terbitkan komik Cardcaptor Sakura (CCS) versi Bahasa Melayu.

Tak lama dulu aku pernah tanya dalam sesi live sama ada Gempakstarz akan jual komik dari Clamp ke tak. Clamp ni pelukis komik CCS. Staff tu cakap coming soon.

Teaser 1.

Beberapa bulan kemudian, ada teaser pasal komik CCS muncul satu per satu. Bermula 3 Oktober, muncul seketul teaser. Waktu ni tak tahu lagi komik apa. Sebab kalau kat Jepun, CCS ni under company Kodansha. Banyak jenis komik yang ada.

Teaser 2.

Teaser kedua, dah boleh teka. Sebab ada dialog karakter CCS (Kero): Aku yang chic dan cool ni dikaitkan dengan benda lembap macam tu. - Kalau siapa baca komik atau pernah tengok anime CCS, pasti tahu.

Teaser 3.

Teaser ketiga, dialog Sakura: Bumi akan terbelah dua ke?!! - Babak ni masa Sakura tanya Kero apa akan berlaku sekiranya jampi pada Kad Clow tu dipatahkan.

Teaser 4.

Masuk teaser keempat, lagi lah ramai yang boleh teka: Wahai Angin! Jadi lah rantai hukuman! - Yang ni dialog Sakura masa dia mintak bantuan The Windy untuk tangkap The Jump, Kad Clow baru.

Teaser 1: 3 Oktober 2025
Teaser 2: 6 Oktober 2025
Teaser 3: 9 Oktober 2025
Teaser 4: 13 Oktober 2025

Campak balik Cardcaptor Sakura


Aku mula kenal anime CCS masa tengok kat NTV7 masa tahun 2001. Lama kan? 24 tahun lepas. Sampai sekarang aku ingat lagi suara serak basah Sakura yang Maya Matahari dubbing.


Lepas tu, dalam tahun 2003, terbaca pulak komik CCS dalam Kreko. Tu je ada komik CCS versi BM. Online ada tapi dalam BI lah. Masa baca Kreko tu, memang aku suka betul dengan komik CSS. Tiap kali beli Kreko, mesti akan baca komik tu dulu.

Bakal dijual di Popular Bookstore


Komik CCS versi BM akan Popular jual. Kebanyakan komik terjemahan dari Jepun, Popular dapat hak eksklusif untuk jual. Maksudnya, takkan ada kat kedai lain selain Popular.


Sebenarnya komik CCS BM ni diorang dah pernah mention tak lama dulu. Cuma macam tak percaya. Sebab komik CCS ni komik lama. Terbit kat Jepun tahun 1996 - 2000. Bila fikir, macam mustahil.

Aku memang akan beli. Gila kalau tak kumpul. Punya lah lama aku tunggu. Akhirnya ada jugak company yang terbit komik ni dalam BM.

Post a Comment

0 Comments