Lengkap sudah set kad karakter Kampus Cilik.


Sempena Hari Kebangsaan, kedai buku SMO Bookstore buat promo menarik. Ada free gift. Diorang bagi kad karakter Kampus Cilik.

Kampus Cilik ni siri komik spin-off komik popular Lawak Kampus. Setiap karakter muncul dalam versi chibi untuk tarik pembaca muda atau kanak-kanak kepada dunia Lawak Kampus.


Setiap pembelian 2 buah buku (mana-mana judul) dari Gempakstarz, akan dapat satu set kad karakater Kampus Cilik. Dalam set tu, ada 4 keping kad.

Kedai ni aku beli 2 ketul komik.

Kedai ni aku beli 4 ketul komik.

Antara komik baru terbit.

Promo ni hanya ada kat seluruh SMO Kelantan. Luar daripada tu diorang tak buat. Tak pasti pulak aku kenapa. Mungkin nak galakkan orang datang beli buku kat SMO Kelantan.

Tarikh: 22 Ogos 2025 - 30 September 2025
Lokasi: SMO Bookstore Kelantan

Kad tu ada 10 design. Lepas beli 6 ketul komik, berjaya jugak aku dapatkan kesemua design tu. Ada 2 lebihan (karakter Ami dan Yumi).

Setiap set ada 4 keping kad.

Contoh gambar depan dan belakang kad.

Set lengkap ada 10 design.

Aku beli pun sebab kad karakter Kampus Cilik ni payah nak dapat. Selalunya kalau buat pembelian kat kedai online Gempakstarz, diorang akan bagi seketul kad ni. Tapi random lah.

Bila SMO buat promo ni, terus aku serbu. Kebarangkalian nak dapat set lengkap tu sangat tinggi. 😅

Post a Comment

1 Comments