Buat ayam goreng celup tepung guna tepung GOGI Hot & Spicy.


Hari tu kan masa aku masuk Mydin, aku pergi lah area barang grocery. Niatnya bukan nak beli apa-apa pun. Cuma nak tengok apa yang lain. Selalunya aku beli barang dapur kat pasar raya kawasan rumah je. Mydin jauh.

Aku jumpa tepung untuk goreng ayam. Jenama GOGI. Asal Thailand. Aku pun Google pasal tepung ni on the spot. Nak tahu pengalaman orang yang dah cuba guna tepung ni. Tak jumpa pulak blogger yang buat review. Ada pun, dalam FB dan TikTok je.


Katanya tepung ni sedap. Aku baca jugak review dalam Shopee. Pun sedap kata diorang. Memandangkan harga tepung ni takde lah mahal sangat, aku pun beli lah.

Balik rumah, aku cuba masak. Aku ikut cara yang ditulis kat belakang pek. Tambah air sejuk dalam tepung dan kacau sebati. Celup ayam dan goreng dalam minyak panas.


Tapi ... ayam yang aku goreng ni jadi terlalu berminyak walaupun rupa luarannya elok. Aku ingat aku salah goreng.

Aku buat kali kedua hari lain. Aku buat macam aku goreng ayam celup tepung guna tepung Bestari atau Puteri. Celup ayam dalam bancuhan basah dan salut dengan bancuhan kering. Goreng sampai keperangan.

Pun sama. Berminyak. 😭

Walaupun tepung GOGI ni versi pedas tapi rasanya tak pedas pun. Aku tak pasti kenapa review yang aku baca tu, ramai kata sedap. Aku makan, biasa-biasa je rasanya.


Cuma rasa tu takde lah teruk pun. Masih boleh telan. Tapi salutan tepung agak berminyak. Pernah makan cekodok versi bancuh segera? Macam gitu lah. Nak makan banyak, jadi muak. Aku tak tahu nak recommend ke tak. Tapi kalau nak tahu rasa tepung ni macam mana, sila lah cuba sendiri.

Post a Comment

0 Comments