Kali ni cuba ZUS ube perisa coklat.


Musim ube ubi ungu. Kali ni ada promo baru lepas sticker. Sticker yang diorang bagi free tu cepat betul habis. Nasib baik sempat aku kumpul 2 ketul masa minum kat Mydin hari tu.

Promo baru, diorang dah tak bagi barang free. Kena beli. Promo ni namanya Ube Merch Bundle. RM19.90. Merchandise nya Ube Straw Cap dan Mini Badge. Kena beli air ube dan add merchandise tu baru boleh order.


Aku beli air Ice Ube Chocolate. Sebab tak pernah minum lagi yang ni. Masa aku order tu, tak ramai orang pun. Jadi, order aku cepat je siap.

Comel tak?

Versi coklat ni, ada 3 lapisan. Atas susu, tengah ube dan bawah coklat. Rasa air ni pun sedap jugak. Aku suka rasa ube yang manis tapi tak terlalu manis. Mungkin sebab aku pilih versi Less Sweet.

Order siap!

Ketulan ais ni unik. Bentuk kelopak bunga.

Ada sesetengah tempat, diorang jual tumbler sekali. Aku tak beli pun. Mahal. Lagipun aku bukan peminat tumbler. Kat rumah pun, ada tumbler biasa-biasa je.


Jadi, setakat ni, ada seketul lagi perisa yang aku belum cuba: Ice Ube Cafe Latté. Perisa ni lain sikit. Ada espresso kat tengah-tengah. Macam best.

Post a Comment

1 Comments