Top Commentator bulan September 2025.


Dah sampai masanya untuk announce pengomen paling tegar bulan September 2025. Rasa macam baru je minggu lepas aku buat entri pasal pengomen tegar bulan Ogos. Rupanya dah sebulan berlalu.

September kali ni memang happening. Komen keluar ikut flow. Ada yang lawak, ada yang beri peringatan, ada yang tanya soalan terbaik. Tapi akhirnya hanya satu nama yang paling banyak bersuara: ch@! Tahniah! Anda memang layak lah jadi juara Top Commentator bulan ni.

Memandangkan ch@ berjaya jadi pengomen paling tegar, maka blog beliau akan aku letak kat sidebar (kalau guna phone, scroll bawah sikit). Buat korang yang tak henti-henti tinggalkan jejak dalam entri, terima kasih banyak-banyak. Even kalau tak menang sekalipun, kehadiran dan feedback korang sangat bermakna.


Bulan ni peluang lagi terbuka luas. Teruskan jadi pembaca, teruskan komen, macam mana pun komen korang - serius, gurau, kritikan - semua aku hargai. Sekali lagi, sekalung tahniah buat ch@ dan terima kasih semua yang setia singgah sini. 😆

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah buat ch@
    Letak emoji je aci tak🤭
    Kira masih tinggalkan jejak kan😆

    ReplyDelete