Pernah alami Exploding head syndrome (EHS) tak?


Bila nak tidur, terdengar bunyi kuat. Bila cari, takde apa.

Aku beberapa kali alami benda ni. Benda yang aku tak tahu apa namanya. Cari dalam Internet, jumpa.

Soalan


Pernah tak alami benda ni? Masa mamai nak tidur sebab penat, tapi tak tidur lagi. Tetiba terdengar bunyi sesuatu yang kuat. Bila cari, takde apa-apa pun berlaku.

Jawapan


Benda yang kita alami tu sebenarnya agak biasa berlaku. Nama rasmi benda tu dalam sains ialah Exploding head syndrome (EHS). Tapi jangan risau, walaupun namanya bunyi menakutkan, ia tak berbahaya langsung.

Ia biasanya terjadi masa antara jaga dan nak tidur, bila otak mula mematikan fungsi deria (termasuk pendengaran dan penglihatan).

Masa kita nak tidur, otak kita sebenarnya tengah shutdown satu demi satu fungsi. Tapi kadang-kadang, otak tersilap dan tiba-tiba aktifkan bahagian yang uruskan pendengaran. Hasilnya, kita macam terdengar bunyi kuat, padahal takde bunyi sebenar pun.

Biasanya benda ni terjadi bila:
  • Kita terlalu penat atau kurang tidur.
  • Stress.
  • Tidur tak teratur.

Bunyi yang kita dengar boleh jadi macam letupan, pintu dihempas atau kadang-kadang macam nama kita dipanggil. Memang terkejut sekejap. Tapi lepas tu elok semula.

Kalau nak kurangkan kemungkinan benda ni berlaku:
  • Cuba dapatkan tidur cukup.
  • Kurangkan kafein.
  • Elak guna telefon sebelum tidur.
  • Dan kalau rasa susah nak tenang, boleh cuba buat aktiviti rilaks - macam tarik nafas dalam-dalam atau dengar muzik lembut.

Post a Comment

1 Comments