Dapat beli santan Kara separuh harga?


Alkisahnya minggu lepas aku order santan Kara pek mini kat Shopee. Sebab ada diskaun, aku beli sekotak. Plus voucher free shipping no min spend aku masih ada. Rajin pulak Shopee bagi sejak 2 menjak ni.

Santan lebih


Bila order aku sampai, terkejut aku dalam kotak pos tu, ada 10 ketul santan Kara mini ni. Aku pelik. Aku yang salah order atau seller yang salah masukkan lebih? Kalau nak bermurah hati sekalipun, takkan sampai 9 kotak diberi percuma? Aku belek kotak santan tu cari tarikh expired, tapi tarikhnya lama lagi. Kenapa seller bagi lebih?

Seller cuba scam aku?


Aku cuba bersangka baik. Mungkin seller silap bungkus? Bukan apa. Sebab ada kes sebelum ni, buyer terima barang lebih. Bila contact seller, seller tu cakap silap bungkus dan in the end, buyer kena bayar. Padahal seller tu sengaja masukkan lebih sebab tahu nanti buyer akan bayar jugak harga barang lebih tu.

Seller silap bungkus


Aku contact seller. Rupa-rupanya dia memang silap bungkus. Mungkin ternampak nombor 1 disangkanya 10. Maka dimasuknya 10 kotak santan dalam bunkusan tu.

Tapi aku memang tak nak beli sampai 10 pun. Buat apa nak beli banyak-banyak sebab bukan selalu aku makan santan. Kalau perlukan santai sekalipun, boleh je aku order lain kali.


Seller mintak aku simpan je santan lebih tu. Tapi aku rasa macam tak patut. Sayang lah kan. Nak buang, sayang. Nak guna tapi tak bayar.

Bayar separuh harga?


Lepas bincang dengan seller, dia akui salah dia dan dia hanya mintak aku transfer separuh je dari harga asal. Tapi aku tetap rasa bersalah (walaupun bukan salah aku). Somehow, aku fikir tu semua rezeki. Tapi aku rasa macam tak elok pulak anggap rezeki atas kesilapan orang lain.

Aku bayar full


Last-last aku bayar harga full. Kalau seller tipu, tu urusan dia dengan Allah. Lagipun, akan datang, aku tetap akan guna santan tu. Tarikh expired pun lama lagi. Mana lah tahu kot-kot ada kerajinan nak buat masak lemak cili api tiap-tiap minggu. 😄

Post a Comment

14 Comments

  1. Kalau kat kedai santan ni biasanya rm1 lebih tk silap. Kalau kt shopee harga dia bawah rm1 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dalam Shopee boleh dapat RM0.99 sekotak.

      Delete
  2. Baru minggu lepas beli Santan mini pax Ni..sb kalau beli y 200 ml tu memang xpenah hbis utk skli masak..berbaloi belinbuat stok..anggap rezeki Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang beli kotak besar. Tapi bila tahu ada kotak kecik, rasa better beli yang kecik.

      Delete
  3. Cari semua jenis menu yang melibatkan santan... bolehlah habiskn

    ReplyDelete
  4. Saya pun akan merasakan yang sama jika terjadi begitu. Takpe, kita fikir positif dan sudah pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Seller offer separuh harga tapi rasa macam takpe lah bayar lebih pun.

      Delete
  5. mujur 10pax saja ..kalau lagi banyak jenuh juga nak keluarkan duit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak, memang hantar semula lah ke seller. 😂

      Delete
  6. Nasib baik BK jujur. Kalau jenis yang buat tak reti je, selamat dah santan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau jadi darah daging kalau tuannya tak halal. 😅

      Delete