Dapat sampul duit raya dari Anchor.


Sebenarnya tahun ni aku dapat banyak sampul raya. Ada yang aku beli, orang bagi, dapat percuma dan dapat bila buat pembelian. Cuma tak sempat aku nak buat entri satu per satu.

Sampul Anchor ni aku dapat percuma. Masa bulan puasa, dalam FB rasmi Anchor, ada iklan pasal ni. Kena isi borang online dan tunggu sampul sampai.


Masa hari raya ke berapa entah, sampul Anchor ni sampai kat tangan aku. Diorang hantar guna pos biasa je. Yang pakai setem tu. Mungkin sebab tu lambat sikit.


Dalam sampul surat tu, ada 2 set sampul duit raya. Setiap set, ada 3 keping sampul. Semua lawa sampulnya. Warna yang diorang guna sangat vibrant dan berwarna-warni.




Selain tu, ada terselit sekeping stiker dalam setiap set sampul. Rajin betul diorang buat stiker sekali.



Aku tak pasti keberadaan sampul ni kat pasaran. Setakat aku tahu dan cari, belum pernah aku nampak bayangnya. Mungkin hanya dapat melalui online atau contest saja.

Post a Comment

1 Comments