Tadi seharian jugak aku keluar pergi bandar. Lepas ziarah kubur Abah aku, tengah hari tu aku terus ke bandar. Saja cuci mata sempena cuti Hari Pekerja.
Ada sebuah tempat yang aku kena singgah asalnya. Tapi entah macam mana, banyak pulak tempat yang aku masuk lepas tu. Mulanya aku pergi MR. DIY. Nak cari pinggan plastik. Tapi tak jumpa pinggan yang berkenan.
Singgah Zon Ria. Nampak sampul duit raya kat kaunter. Singgit satu set. Aku pun apa lagi. Pucuk dicita, ulam mendatang. Aku beli 10 set. Harga pun murah. Mungkin kedai nak clear kan stok.
Ada bangunan farmasi depan sinun. BIG Pharmacy. Singgah masuk sebab nak beli plaster. Untuk tutup luka. Masa nak bayar, aku tanya staff ada ke tak sampul duit raya. Dah habis katanya. Tapi ada sampul CNY dan sampul duit raya company lain.
Aku pun mintak lah. Dapat sampul CNY dari simplyO dan sampul duit raya dari Garnier. Syukur. Sampul Garnier ni aku pernah nampak kat pasar raya. Tapi kena buat pembelian RM10 baru dapat. Aku lupakan kes masa tu aku beli coklat sebab nak dapat sampul Crispy.
Keluar dari situ, aku pergi KFC. Alhamdulillah. Dapat sampul duit raya yang dah lama aku nantikan. Staff situ bagi aku 2 set. Masa raya kedua aku pernah datang sini. Tapi takde stok. Hari ni dapat jugak. 😆
Jalan sikit, ada Domino's Pizza. Aku lalu melepasi kedai. Tapi tergerak hati nak patah balik masuk dalam tu. Masa aku singgah sini raya kedua, sampul tak masuk lagi kata staff. Hari ni aku singgah sambil berharap ada lah sampul walau sekeping.
Gembira bukan kepalang saat staff kata sampul duit raya masih ada. Banyak. Aku bagitau yang aku ni suka simpan sampul raya. Diberi aku beberapa set sampul. Baik betul staff tu. Semoga kebaikan diorang diberi ganjaran.
0 Comments