Sampul duit raya FamilyMart dah sampai.


Dari bulan puasa lagi aku geram tengok design sampul FamilyMart. Tapi sayang, kat tempat aku takde cawangannya. Pernah aku tanya HQ. Kot dapat lah diorang hantar sampul ni guna pos. Tapi tak boleh jugak.


Jadi, aku terpaksa lupakan pasal sampul ni. Entah macam mana minggu lepas, konsentrasi aku terganggu. Masa godek Shopee, terperasan ada orang jual sampul FamilyMart ni. Aku apa lagi, terus check out. Sebab ada seketul je waktu tu.

Beberapa hari kemudian, sampai lah jua sampul ni kat tangan aku. Seller ni siap masukkan dalam plastik dan lapik kotak tebal lagi. Bagus betul. Dapat elak sampul rosak atau kemik masa delivery.


Dalam sampul luar tu, ada 3 sampul duit raya. Design lain-lain dan warna pun lain-lain. Aku suka sebab gambar kartun. Ada gambar kucing tengah prepare nak sambut raya dan ada yang tengah sakan beraya.




Sampul-sampul ni aku simpan masuk kotak. Buat koleksi untuk tahun ni. Nanti kalau ada kerajinan, aku plan nak masukkan dalam album. Bagi senang sikit nak tengok sampul mana yang dah ada, sampul mana yang takde lagi.

Post a Comment

5 Comments

  1. Rajinnya BK buat koleksi album sampul raya. Hobi yang bagus. Kira sampul collector la jadinya

    ReplyDelete
  2. Elok tu dialbumkan 👍🏻
    Hari tu PH guna sampul raya Zus Coffee gmbr kartun utk suami salam kaut dgn ayah pengantin, auto teringat BK hehe...

    ReplyDelete
  3. Uishh cantik bangat sampul raya family mart ni.. dah berapa byk koleksi.. kasi up satu entry semua sampul hihii..

    ReplyDelete
  4. lawa. masuk album tau. nak tgk. pernah tengok ada seorang member kumpul sampul duit raya masuk dalam album. dulu, dia pengumpul fridge magnet dan sampul duit raya yang tegar, sekarang... sudah tidak ku dengar lagi khabarnya selepas ku delete akaun IG.

    ReplyDelete
  5. wahhhh BK collector SDR ye? nti dah boh dlm album mesti cantik tersusunnnnn

    ReplyDelete