Sampul duit raya FamilyMart dah sampai.


Dari bulan puasa lagi aku geram tengok design sampul FamilyMart. Tapi sayang, kat tempat aku takde cawangannya. Pernah aku tanya HQ. Kot dapat lah diorang hantar sampul ni guna pos. Tapi tak boleh jugak.


Jadi, aku terpaksa lupakan pasal sampul ni. Entah macam mana minggu lepas, konsentrasi aku terganggu. Masa godek Shopee, terperasan ada orang jual sampul FamilyMart ni. Aku apa lagi, terus check out. Sebab ada seketul je waktu tu.

Beberapa hari kemudian, sampai lah jua sampul ni kat tangan aku. Seller ni siap masukkan dalam plastik dan lapik kotak tebal lagi. Bagus betul. Dapat elak sampul rosak atau kemik masa delivery.


Dalam sampul luar tu, ada 3 sampul duit raya. Design lain-lain dan warna pun lain-lain. Aku suka sebab gambar kartun. Ada gambar kucing tengah prepare nak sambut raya dan ada yang tengah sakan beraya.




Sampul-sampul ni aku simpan masuk kotak. Buat koleksi untuk tahun ni. Nanti kalau ada kerajinan, aku plan nak masukkan dalam album. Bagi senang sikit nak tengok sampul mana yang dah ada, sampul mana yang takde lagi.

Post a Comment

16 Comments

  1. Rajinnya BK buat koleksi album sampul raya. Hobi yang bagus. Kira sampul collector la jadinya

    ReplyDelete
  2. Elok tu dialbumkan 👍🏻
    Hari tu PH guna sampul raya Zus Coffee gmbr kartun utk suami salam kaut dgn ayah pengantin, auto teringat BK hehe...

    ReplyDelete
  3. Uishh cantik bangat sampul raya family mart ni.. dah berapa byk koleksi.. kasi up satu entry semua sampul hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa lebih nanti, saya ingat nak up jugak. 😆

      Delete
  4. lawa. masuk album tau. nak tgk. pernah tengok ada seorang member kumpul sampul duit raya masuk dalam album. dulu, dia pengumpul fridge magnet dan sampul duit raya yang tegar, sekarang... sudah tidak ku dengar lagi khabarnya selepas ku delete akaun IG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau takde aral melintang.

      Pernah jugak saya jumpa orang macam tu. Tapi dia kumpul keychain. Bukan keychain Malaysia je tapi serata dunia.

      Delete
  5. wahhhh BK collector SDR ye? nti dah boh dlm album mesti cantik tersusunnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kumpul biasa-biasa je. Takde lah hardcore sangat. 😂

      Delete
  6. ada corak berbeza
    sy pun suka!

    p/s semalam sy ternampak sampul raya kat street churos TRX. gmbr kartun juga. tp sy tak tanya pula masih ada stok lg atau sebaliknya... kalau ada stok nak kirim tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya nak kalau ada. Pernah tanya HQ. Tapi diorang kata kena dapatkan kat cawangan. Malangnya sini langsung takde cawangan diorang. 😥

      Delete
  7. Comelnya sampul duit raya FamilyMart. Rezeki BK lah ada dijual di Shopee. Selamat mengumpul koleksi sampul duit raya.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga seller tu... kiranya dia spend kat FM dan dapat sampul free. Bila ada extra atau dia mmg taknak guna SDR tu, jual pula pada yang berminat.

    ReplyDelete