Minum air nyiur Karta dapat sticker percuma.


Aku suka minum air kelapa aka nyiur. Bila perut meragam atau tersalah makan, aku akan cari air nyiur. Belakang rumah aku ni ada je pokok nyiur tapi ikut kerajinan jugak lah untuk kait tu.

Kalau rajin, aku kait. Kalau tak, aku cari air nyiur kat tepi jalan. Kalau takde, aku cari kat kedai. Selalunya aku beli kat kedai buat stok.


Dalam banyak-banyak air nyiur kat kedai, Karta antara jenama yang aku selalu beli. Sebab rasa air nyiur Karta ni agak lain. Macam ada rasa tebu sikit. Tapi sedap.

Dapat sticker dalam event


Bulan lepas, diorang ada buat event apa entah. Dalam event tu, ada aktiviti yang hadiahnya sticker. Sticker tu lawa tapi event tu takde kat tempat aku. Muram kejap.


Lepas event tamat (tengah bulan Jun), aku perasan dalam Shopee dan Lazada, muncul sticker tu sebagai free gift. Dapat percuma bila beli mana-mana air nyiur Karta.

Dapat sticker beli air online


Aku pun beli lah seketul air nyiur tu. Nak test betul ke tak dapat sticker percuma. Bila sampai order aku, memang betul. Ada sekeping sticker terselit kat air yang aku order.


Mungkin sekarang trend sticker macam ni. Banyak company buat macam ZUS, emart24, AEON dan KFC. Ada yang guna sticker ni tampal kat tumbler dan buku. Ada jugak yang tampal kat laptop dan bagasi.

Next time boleh lah beli lagi air nyiur Karta. Nak kumpul sticker ni pulak. Bukan senang sticker macam ni nak muncul. 😄

Post a Comment

0 Comments