Sebelum filem Ejen Ali: The Movie 2 tayang kat pawagan, Gardenia ada buat contest. Beli dan menang gitu.
Beli roti Gardenia dapat merchandise Ejen Ali. Aku suka benda macam ni. Boleh kumpul barang Ejen Ali buat koleksi. Nak beli merchandise official dalam WOWSHOP tu, tak mampu. Beratus harga. 😭
Versi Gardenia ni, ada 3 jenis merchandise: Stiker, Beg Eko Serbaguna dan Beg Kanvas.
Contest ni start dari 1 Mei sampai 31 Julai. Aku ingatkan hadiah tu diorang hantar lepas 31 Julai bila contest tamat.
Setakat ni, aku baru dapat 2 jenis merchandise: Stiker dan Beg Eko Serbaguna. Aku ada tebus jugak Beg Kanvas. Tapi dalam mesej tu, diorang kata beg tu dalam proses.
Rasanya macam nak beli lagi lah roti Gardenia. Sambil makan dapat hadiah. 😄
1 Comments
Rezeki Alhamdulillah.. tahniah.. cantik hadiah ejen ali ni.. kalau dapat kat si anak no 3 tu mmg suka betul lah.. 31 Julai? Ada chance la nak joint jugak ni.. 🤗
ReplyDelete