Petang hari tu aku ke bandar. Memang plan nak pergi ke ZUS. Sebab ada promo baru. ZUS sini bukak pukul 3 petang. Maka, dalam pukul 3 lebih, aku masuk kedai tu.
Promo kali ni adalah Butterbear. Apa tu? Entah. Pernah tengok ada kedai yang collab dengan Butterbear jugak sebelum ni. Apa kaitan Butterbear dengan raya? Entah. 😓
Promo sempena raya 2026 kali ni diberi nama Buttercrème Series 2.0. Dalam promo ni, ada 6 menu. Ada 5 jenis air dan seketul roti bakar. Unik. Tetiba ada roti bakar dalam promo utama macam ni.
Sebab nak jalan-jalan lagi lepas tu, aku beli air versi panas. Hanya ada Buttercrème Latté yang boleh pilih versi panas. Aku order lah seketul.
Harga asal RM11.20 bertukar jadi RM6.20. Dapat diskaun RM5 sebab aku guna voucher yang Hotlink bagi masa join putar-putar hari Ahad lepas.
Aku tak snap pun gambar Buttercrème Latté. Tak sempat. Lepas tarawih, terus minum. Air tu manis kemain. Kena tambah air batu banyak-banyak baru okey.
Sticker Butterbear ni versi 3D. Nampak premium. Peminat Butterbear mesti suka merchandise macam ni. Boleh tepek kat tumbler.
Selain sticker, aku dapat cup sleeve dan paper bag. Nasib baik kali ni ZUS buat benda-benda ni. Baru lah nampak serius buat promo.
Nanti akan ada merchandise lain yang bakal menyusul. Kalau tengok dalam app ZUS, ada selimut dan cup sleeve versi plushie.



















0 Comments