Hari tu aku kan ke bandar. Lepas setel urusan tukar duit raya, aku singgah pasar raya Econsave. Konon nak cari sampul duit raya. Tapi sedinya, tak banyak company pun yang buat. Ada sampul dari Farm Fresh dan Good Virtues je.
Lepas tu, alang-alang dah ada kat situ, aku pusing lah dalam pasar raya tu kejap. Tengok apa yang ada. Aku jumpa air baru: air soya perisa Pandan Chiffon.
Macam menarik. Pandan Chiffon yang dimaksudkan ni kek sifon ke?
Selalunya tiap kali bulan puasa, aku mesti beli air soya bandung atau ros. Tak cari yang lain dah. Aku beli seketul air baru ni. RM2.70. Nak tahu jugak rasanya macam mana.
Bau air soya Pandan Chiffon ni wangi. Sama dengan bau kek sifon pandan. Tapi kan ... ikut tekak aku, rasa air ni agak tawar dan muak sikit. Aku minum seteguk. Mulanya rasa okey. Lepas tu, rasa muak. Macam rasa kek sifon versi air. 😭
Aku tak pasti sebab apa. Sebab air soya ni tak manis ke? Kalau tengok kat pek, air ni versi kurang gula. Ada versi biasa ke? Tak pernah nampak lagi setakat ni.
Kalau ada versi biasa, aku nak cuba jugak. Mana lah tahu kena dengan selera. 😄




1 Comments
Kalau air soya biasa memang sedap yeos ni. Tak nampak pulak perisa air soya kek chifon kat speed mart
ReplyDelete