Sampul duit raya ZON RIA 2026.


Masa keluar ke pekan, aku singgah kejap kedai ZON RIA. Lama sudah tak masuk sini. Selalunya kalau musim raya, baru aku masuk.

Tiap tahun, ZON RIA jual sampul duit raya diorang sendiri. Tahun-tahun lepas ada 12 design. Tahun ni diorang buat design baru. Ada 11 design kesemuanya.

Sampul tahun 2023.

Sampul tahun 2026.

Setiap design harganya RM1. Aku tak beli semua pun. Pilih yang berkenan je. Dalam setiap set, ada 5 ketul sampul.



Aku beli sampul gambar kartun. Ada gambar budak makan ketupat besar gedabak, budak selfie dengan teh tarik dan gambar lontong. Macam versi Alice in Wonderland pulak. 😂

Kualiti sampulnya biasa-biasa je. Kertas murah. Ye lah. Dah harga pun murah. Apa nak expect kan?

Post a Comment

0 Comments