Selamat tinggal ntv7. Memori waktu kecil akan sentiasa dikenang.


Sedih bila dapat tahu ntv7 akan ditamatkan dan diambil alih oleh DidikTV. Untuk pengetahuan, DidikTV ni adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses dan kualiti pendidikan bagi semua murid.


Serius aku cakap, memang ntv7 ni channel favourite aku. Banyak cerita, drama, anime dan shows yang ditayangkan kat ntv7. Antaranya Charmed, CSI, Glee, Sabrina, Malcolm in the Middle, Lizzie McGuire, Survivor, How I Met Your Mother, Two and a Half Men, Spanar Jaya, Seekers, Who Wants to Be a Millionaire dan Impian Illyana. Anime tak payah cakap lah. Memang banyak. Doraemon, Shin Chan, Pokemon, Digimon, Cardcaptor Sakura, Slam Dunk, Angelic Layer, Mr. Bean: The Animated Series, Yu-Gi-Oh!, Ninja Hattori-kun, Prince of Tennis, Inuyasha, Fruits Basket, siri Ultraman, Masked Rider wehh banyak lagi lah. Memang tak terkira.

Malcolm in the Middle.

Digimon Adventure.

Cardcaptor Sakura.

Slam Dunk.

Kalau nak dibandingkan dengan stesen TV lain, ntv7 ni paling banyak tayang cerita dan mostly cerita luar negara. Drama TVB pun ntv7 tayang. Yang paling best aku tengok dulu masa 2007, drama Ten Brothers. Selain tu, Under the Canopy of Love dan War and Destiny pun best jugak. Aku menggila tengok drama TVB asalnya dari TV3.

Under the Canopy of Love.

War and Destiny.

Lepas drama TVB ni start tayang kat 8TV, terus aku kurang tengok sebab masa tu line 8TV (bukan dari Astro) takde kat kawasan rumah aku. Tengok pun kadang-kadang je kat TV2 dan ntv7. Lagipun, waktu tu aku dah start masuk matrik. So, memang kurang sangat layan drama.

Tapi.

Aku rasa bukannya ntv7 ni akan dibubarkan atau ditamatkan. Berdasarkan pembacaan aku, DidikTV ni sekadar slot dalam ntv7 tu, yang bersiaran dari pukul 7.00 pagi sampai 12.00 tengah malam setiap hari. Kiranya macam kes slot CJ Wow Shop kat TV9 tu.


Even Media Prima pun dah keluarkan kenyataan tentang salah faham ni. Sebabya dah viral dan trending kat Twitter pasal DidikTV ni. Kalau tengok sejarah DidikTV ni sendiri, asalnya dari TV Pendidikan. RTM, Astro dan TV9 sendiri pun pernah buat slot untuk TV Pendidikan ni. Bukan channel, tapi sekadar slot.



Macam aku cakap tadi, DidikTV ni program kolaborasi antara Media Prima dan KPM di kala pandemik COVID-19 ni. Sebelum ni ada je syarikat lain yang buat slot pendidikan macam channel TV Alhijrah tu yang buat slot kelas KAFA, setiap hari dari pukul 4.30 petang sampai 6.30 petang.

So, aku tak pasti dari mana khabar angin yang mengatakan ntv7 ni bakal digantikan atau rebranded dengan DidikTV. Orang dalam? Orang luar yang acah-acah tahu semua benda? Apa-apa pun harapnya takde lah Media Prima tamatkan ntv7 ni semata-mata nak buat DidikTV. Kalau macam tu, lebih baik buat satu saluran TV baru yang fokus pendidikan macam Astro Tutor TV tu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Zaman dulu2 buka ntv7 tenguk doraemon dan shin chan sebab cakap melayu.

    ReplyDelete