Pengalaman order buku melalui panggilan telefon.


So kampung! Haha. Pernah order buku atau majalah melalui panggilan telefon? Selalunya buyer akan order melalui website atau app. Macam kes aku, aku terpaksa call kedai buku atau outlet untuk bertanya sendiri kewujudan stok buku yang aku nak cari.

Kenapa? Kadang-kadang ada buku yang tak dijual dalam website tapi ada dijual kat kedai fizikal. Ada banyak sebab. Salah satu mungkin tu stok berkurun lama. Dan bila dah lama, selalunya takde orang yang nak beli. Daripada menyemakkan rak buku atau gudang, ada baiknya seller keluarkan dari senarai jualan dan simpan untuk event tertentu macam pesta buku dsb.

Ada jugak kes buku tersenarai dalam website atau app. Tapi bila dah order, seller inform buku tu takde stok. Rupanya dah sold out. Diorang belum update sistem atau terlepas pandang.

Kepentingan stocktake


Sebelum ni, aku ada mention yang aku pernah kerja retail. Dan tempat kerja aku dulu sangat gah. Setiap bulan wajib buat stocktake.

Apa tu stocktake? Ringkasnya, stocktake ni aktiviti mengira dan merekod secara manual barangan jualan aka inventori yang ada dalam kedai.


Kedai-kedai besar selalunya akan buat stocktake setiap hujung bulan. Pentingnya benda ni sebab melalui stocktake ni lah kedai dapat kenal pasti kuantiti sebenar barang dan bila kuantiti tak sama dengan SKU (Stock Keeping Unit) aka kod inventori, waktu ni lah kedai boleh buat alteration untuk balance dan kurangkan loss atau kerugian.

Kadang SKU barang tertukar masa proses jual beli. Bila tertukar, stok yang sepatutnya ada, akan hilang dari sistem dan stok yang dah dijual tiba-tiba muncul dalam sistem.

Sebab aku call sendiri kedai buku


Bila buku lama dan takde dalam list website atau app, aku akan cuba call kedai buku. Aku nak kepastian sama ada buku tu masih ada atau dah sold out. Macam aku info, kadang buku tu ada je kat kedai tapi dikeluarkan dari list jualan sebab buku lama.


Alhamdulillah. Dapat jugak aku miliki buku cerita yang aku cari selama ni: VT oleh Hilal Asyraf. Sebenarnya ada je orang yang jual buku ni tapi pre-loved punya. Aku cari yang baru. NOS (New Old Stock). NOS ni maksudnya (buku) kondisi baru tapi stok lama. Masih suci murni lagi.

Berpuluh kedai jugak aku call. Nasib baik ada satu kedai buku kat Putrajaya yang masih ada simpan lagi. Aku rasa ni satu-satunya stok yang ada kat kedai dalam dunia ni.

Tapi dalam sistem tak disenaraikan. Nak beli melalui website kedai tu tak boleh. Aku deal sendiri dengan staff kat situ. Memandangkan lokasi kedai tu tersangat jauh, aku mintak staff tu pack buku tu siap-siap dan posmen akan datang ambil. Sekarang kan ada kurier Pgeon. Boleh pick up barang dari mana-mana je.


Senang kan? Tak perlu susah-payah pergi kedai. Bila dah tahu stok apa yang nak order, terus inform staff, bank in duit dan nanti dia akan pass kat kurier yang datang kat kedai diorang.

Post a Comment

6 Comments

  1. senang juga order by call macam ni.. Mudah urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau buku susah nak jumpa, memang nak kena call direct.

      Delete
  2. Alhamdulillah dapat. Yup, stocktake sangat penting. teringat dulu kerja arkib, bila nak stocktake akan nervous. takut kalau ada material hilang, jenuh nak menjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Waktu stocktake lah dapat kenal pasti item yang tercicir.

      Delete
  3. Pernah ada pengalaman kira stok dalam warehouse dan sistem. Kalau silap matilanak bos marah. Bagus juga masih boleh berurusan kaedah lama. old skool pun asalkan proses jual beli berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bersyukur kedai pun bagi kerjasama dengan baik.

      Delete