Resepi sambal sotong pedas masam manis.


Ambik kau. Bila dah terlajak rajin, alamat jadi makmal eksperimen lah dapur tu. Selalu aku kalau masak sambal sotong atau masak merah, mesti akan buat satu flavour je iaitu pedas. Berdesing telinga makan sambil tambah bersudu-sudu sambal.

Kali ni aku masak agak simple dan tak lama pun. Tak lebih setengah jam termasuk proses penyediaan bahan. Asal ada bahan, semua jadi.

Bahan A

  • 5 - 6 ekor sotong
  • 2 sb sos cili
  • 1 biji tomato
  • 1 keping asam keping
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk garam
  • Minyak masak secukupnya

Bahan B (kisar)

  • Segenggam cili kering
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sk cuka masakan
  • Air secukupnya

Langkah-langkah

  1. Masukkan bahan B (kisar) dalam minyak panas.
  2. Bila cili kisar dah masak, taruk sos cili.
  3. Gaul sotong yang dipotong bersama serbuk kunyit dan garam. Masukkan dalam kuali.
  4. Masukkan tomato dan asam keping.
  5. Bila dah naik minyak, tutup api dan siap!

Sotong sama jugak macam udang. Tak boleh masak lama sangat. Nanti liat. Terlebih masak kata orang. Bila dah masukkan sotong dalam kuali, agak-agak dalam 8 hingga 10 minit, dah boleh angkat. Bergantung kepada kuantiti. Kalau sikit, kejap je.

Kenapa pedas masam manis? Pedas tu asal dari cili kering. Better guna cili yang pedas. Rasa masam dari asam keping dan tomato. Aku letak sekali asam sebab nak hilangkan hanyir sotong. Dan rasa manis tu dari bawang merah. Kalau nak guna bawang Holland boleh je. Ikut suka hati. Atau nak taruk gula ke madu ke pun boleh. Kalau ada bahan lebih, apa salahnya kan?

Post a Comment

6 Comments

  1. sedapnya..tengok gambar pun terliur. boleh trylah, lama tak makan sambal sotong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila lama tak makan, memang terasa sedapnya. 😁

      Delete
  2. Cantiknya hasil kejadian sambal sotong tu. Nampak terbit minyak berlenang-lenang molek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Suka sambal macam ni. Ada minyak boleh makan sekali dengan nasi putih. 😊

      Delete
  3. Betullah tu takleh masak lama nanti liat. Mujur tadi baru masak sambal sotong jugak. Kena ada rasa pedas sikit baru best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Rasa pedas tu yang buatkan sotong masak merah jadi sedap.

      Delete