Dapat data Internet percuma Shopee x YES Databack.


Rasanya dari tahun 2020 lagi program antara Shopee dan YES ni wujud. Memandangkan aku pakai jugak sim YES dan dalam masa sama shopping kat Shopee, program macam ni sangat lah dialu-alukan.

Syaratnya simple je. Setiap pembelian RM50 kat Shopee dalam satu bulan, akan dapat data Internet YES 5GB secara percuma.


Tapi walaupun dapat benda ni, aku jarang guna. Sebab line YES kat sini sangat slow. Macam siput. Dulu masa awal-awal program, laju je line Internet. Lepas tu makin slow sampai nak bukak Google pun makan masa.

Aku ada contact staff YES dan inform pasal masalah ni. Tau apa dia cakap? Katanya tempat aku ni jammed. Mungkin ramai yang guna YES. Sebab tu line slow. Tak kisah lah ramai ke kurang orang guna kan? Kenapa diorang tak tambah kelajuan kat kawasan ni kalau dah tau ramai yang guna? Pelik betul.


Kes aku kekal guna YES pun sebab nombor ni link dengan akaun Shopee. Kalau tak, memang aku pun takkan guna YES buat masa sekarang.

So far, dah lebih 10 kali kot aku terima data free ni dari Shopee. Makin banyak beli, makin banyak lah data yang diorang bagi setiap bulan. Apa-apa pun, aku tetap bersyukur. Siapa nak saja-saja bagi benda free macam ni kan? 😆

Post a Comment

4 Comments

  1. line YES je ke ada percuma? digi takde?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni YES je yang buat promo ni. Telco lain belum ada lagi kot.

      Delete
  2. Setuju.. Masa awal-awal promosi dulu memang laju tak hingat tapi makin lama makin slow.. kadang tu tiba-tiba je hilang.. Sha masih guna sebab anak-anak perlukan internet untuk pembelajaran.. Lepas tu memang selalu je beli barang dekat Shopee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Awal dulu sangat laju. Sampai rasa nak kekal pakai YES. Tapi lama-lama, makin sakit hati pulak. 😆

      Delete