Nak tengok filem Mechamato kat pawagam!


Kali terakhir aku tengok filem animasi Malaysia kat pawagam adalah filem Ejen Ali: The Movie. Tu pun tengok kat pawagam Mesra Mall Terengganu sebab kebetulan singgah sana jap.

Jujur aku kata, tak pernah tak best bila tengok filem animasi kat pawagam. Ye lah. Animasi best of the best je yang mampu menerobos pawagam. Kalau tak best, rugi je tayang kan?

Nak sangat aku tengok filem Mechamato ni. Tapi macam takde kesempatan je sebab aku pun dah kat luar kawasan sekarang. Busy tu takde lah tapi nak ke pawagam tu sangat lah jauh.

Pasal cerita Mechamato ni, animasi ni dihasilkan oleh Animonsta Studios, syarikat yang buat cerita BoBoiBoy. In fact, Mechamato ni merupakan indirect prequel kepada cerita BoBoiBoy.

Amato dan BoBoiBoy.

Katanya, watak utama cerita Mechamato iaitu Amato ni adalah ayah kepada BoBoiBoy. Cuma dalam universe yang berbeza gitu. Kherlass kan?

Ramai ke tahu kewujudan Mechamato?


Tak macam Upin & Ipin, BoBoiBoy dan Ejen Ali yang tayang cerita bersiri lama sebelum filem, lain pulak dengan Mechamato.

Tayangan paling awal cerita bersiri Mechamato iaitu Mechamato: The Animated Series adalah tahun lepas. To be exact, pada 4 Disember 2021. Tu pun kat Cartoon Network Asia.

Tayangan di Malaysia pulak.

Tapi jangan risau, sekarang, cerita bersiri Mechamato ni boleh je tengok kat pelbagai channel macam TV3, TV9, Netflix dan YouTube, channel rasmi Animonsta Studios. Sekarang pun dah masuk episod 9 daripada 13 episod musim pertama.


Tapi kalau nak ikut timeline yang betul, kena lah tengok filem Mechamato. Sebab cerita bersiri ni hanya lah kesinambungan dari filem Mechamato.

Gelas dan pek popcorn pun cantik. Gambar credit GSC.

Untung lah kan siapa yang dapat tengok filem Mechamato kat pawagam. Mesti excited dan ramai orang. Aku boleh bayangkan macam mana. Lagi-lagi waktu cuti sekolah ni. Lagi lah mak bapak boleh tengok sekali dengan anak-anak.

 P.S. Sekali tengok Mechamato ni dah macam Iron Man pulak. Tapi versi budak sekolah. 😆

Post a Comment

8 Comments

  1. join tengok mechamato pun sebab anak2 buah. tapi diorang dengar dalam dub english. mak diorang pulak cerita bila dengar dub melayu cerita ni jadi cerita kelakar. bila tengok memang lawak dan lucu.. tiba2 orang dewasa pun boleh minat XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cerita 3D macam ni, sesuai untuk semua peringkat umur. Cerita pun takde lah kebudak-budakan sangat.

      Delete
  2. ooo baru tau pasal mechamato ni.. belum pernah tengok lagi. tapi memang sekali tengok orang taulah ni dari company yg sama buat boboiboy. cantik lukisan dia

    ReplyDelete