Review filem Malaysia: Tiga Janda Melawan Dunia (2022).


Hek eleh. Tajuk nak gempak kan? Kalau dalam English tajuknya jadi Three Widows Against the World. Bertepatan dengan tajuk tu, macam tu lah ceritanya. Sangat gempak dan happening habis.

Masa mula tayang kat pawagam, aku ingatkan filem ni biasa-biasa je. Ye lah. Aku tak bagi expectation yang tinggi pun kat filem-filem Melayu. Bukan tak support tapi setiap kali support, kualiti filem sangat tak kena dengan cita rasa aku.

Tergerak hati nak tengok filem Tiga Janda ni. Tapi bukan kat pawagan. Sebab tayangan kat pawagam dah lama tamat. Aku tengok dalam Netflix. Betul. Tak sangka filem ni masuk Netflix.

Tajuk: Tiga Janda Melawan Dunia
Genre: Komedi, persahabatan, saspens
Bahasa asal: Bahasa Melayu
Tarikh tayangan: 19 Mei 2022
Tempat tayangan: GSC (Malaysia) dan Netflix
Pelakon: Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi, Abbas Mahmood, Taufiqizmer Tawaff, Soffi Jikan

Sinopsis


Kisah 3 orang janda iaitu Midah, Rohayu dan Ani yang merupakan peminat fanatik penyanyi tersohor, Aiman Zalini. Diorang bertiga ni bertungkus-lumus kumpul duit dengan bukak bisnes vape untuk beli tiket konsert yang berharga RM15 ribu satu kepala. Tanpa diorang tahu, rupa-rupanya keseronokan diorang untuk join konsert tu dicemari dengan insiden demi insiden.

Watak-watak


Midah (Khatijah Tan) - Janda anak satu. Ditinggalkan suami masa malam pertama nikah sebab dikatakan dah tak suci. Lepas bercerai, dia gigih besarkan sorang anak perempuan, Ana dengan membanting tulang di ladang kelapa sawit.

Rohayu (Normah Damanhuri) - Janda berhias. Pernah kahwin beberapa kali tapi setiap kali kahwin, suami dia meninggal dunia dan dicop pembawa sial. Kini, dia bukak kedai runcit kat kampung untuk teruskan hidup.

Ani (Raja Azura) - Janda yang kehilangan suami di medan perang. Suami dia janji nak bawak Ani ke konsert lepas pulang dari bertugas tapi tak kesampaian. Sekarang Ani tinggal bersama-sama mak ayah mentua dia yang usahakan kedai makan.

Ulasanspoiler alert


Jujur aku kata, mula-mula aku tengok, ternganga mulut aku dek kualiti shooting filem ni. Tak macam tipikal filem Melayu yang aku pernah tengok. Sinematografi filem ni sangat wow. Entah siapa yang buat. Lepas godek Internet, baru aku tahu. Pengarah filem ni merupakan orang sama yang mengarah iklan raya Dugaan Raya Aida dari TNB iaitu Hyrul Anuar. Patut lah gambar lawa.


Filem 3 Janda ni takde lah macam tipikal filem kampung Melayu yang asyik ceritakan masalah dalaman keluarga memanjang. Yang lainnya filem ni, ada babak sedih, gembira, lawak dan marah yang sangat kena dengan setiap situasi. Lawak dalam filem ni seakan lawak filem Stephen Chow. On point dan tak meleret-leret.


Kisah filem ni bermula bila Aiman Zalini bakal adakan konsert intimate sempena persaraan dia. Masa buat sidang media, dia info, peminat boleh isi borang online untuk dapatkan 3 tiket konsert dia secara percuma. Dan si Ani bernasib baik sebab dipilih sebagai pemenang yang bakal terima 3 keping tiket konsert. Maka, bersorak lah Midah, Rohayu dan Ani sebab diorang bertiga ni peminat fanatik Aiman Zalini.

Aiman Zalini di sidang media.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Macam tu lah nasib 3 janda tu. Tiket diorang hilang tanpa jejak. Tunggu posmen, tak dihantar pun. Rupa-rupanya, tanpa diorang tahu, tiket tu, musuh diorang iaitu Datin Martipah yang sailang.

Datin Martipah penyailang terbaik.

Sebab nak sangat pergi konsert si Aiman, 3 orang janda tu bertungkus-lumus bukak bisnes. Macam-macam diorang cuba tapi untung sikit je. Dengan mengagumi kekayaan budak kampung diorang, Amat, diorang rancang untuk bukak bisnes vape.

Amat yang ditakut-takutkan oleh 3 janda.

Diorang bertiga ni takde ilmu pasal vape dan si Amat pun tak nak bagitau formula vape yang betul. Nasib baik ada Fikri, kekasih anak si Midah yang merupakan pembantu makmal. Rohayu dan Ani pujuk si Fikri supaya tolong diorang buat perisa vape dengan ganjaran yang diorang kata (tipu) nanti Midah akan restu hubungan Fikri dan Ana. Rohayu dan Ani buat keputusan tanpa pengetahuan Midah.

Fikri, si pembantu makmal.

Si Fikri ni bereksperimen dengan macam-macam perisa dan akhirnya, berjaya buat perisa yang cukup sedap dari getah pisang, cetusan idea Ana.

Maka, bisnes diorang letops kebaboom. Laku keras sampaikan diorang berjaya beli tiket konsert yang berharga total RM45 ribu. Hebat betul mak cik-mak cik ni.

Hasil kejayaan jual vape.

Tanpa diorang tahu, kejayaan bisnes vape diorang tak disenangi seseorang. Ada tokan dadah yang cuba cari diorang sebab dikatanya, 3 janda ni lingkupkan bisnes dadah dia.

Dalam masa sama, malang sekali lagi buat 3 janda tu. Lepas berjaya dengan bisnes vape, si Fikri tuntut janji. Janji yang Midah akan restu hubungan Fikri dan Ana. Tapi Midah tak tahu apa-apa pun pasal ni. 3 janda tu pun bergaduh dan Midah koyak tiket konsert RM45 ribu tu dengan dirakam oleh Datin Martipah.

Datin Martipah tukar karier jadi wartawan kampung.

Aiman Zalini datang rumah Midah.

Video tu viral. Aiman Zalini tengok dan datang ke kampung. Dia tersentuh dengan drama mak cik-mak cik tu dan bagi free tiket konsert kepada diorang.

Bergaya sakan mak cik-mak cik ni.

Lepas berbaik-baik demi persahabatan, 3 janda tu pun pergi lah ke konsert Aiman Zalini. Punya lah excited seluruh peminat si Amian yang datang ke konsert tu. Part Aiman nyanyi, aku memang betul-betul gelak sakan. Melampau betul mak cik-mak cik yang tengok body si Aiman. Sampai berbuih-buih mulut macam kena sawan. 😂

Aiman Zalini posing maut.

Mak cik ni dah kenapa?

Plot twist


Tengah seronok tengok konsert, 3 janda tu diculik. Bila bukak mata, diorang ada kat tempat yang tak dikenali. Tokan dadah yang tak puas hati, culik diorang waktu konsert.

Aiman Zalini pun tukar karier jadi tokan dadah.

Rupa-rupanya, tokan dadah tu adalah Aiman Zalini. Dia mengaku yang dia bersara dari dunia nyanyian sebab bisnes jual dadah lagi banyak buat duit.

Dia dah plan dari awal masa tengok video viral 3 janda tu bergaduh. Waktu tu lah dia plan untuk culik 3 janda tu dengan pergi ke kampung diorang dan bagi tiket konsert percuma!

Ending


Dengan bantuan Fikri dan Ana (dan jugak bekas komando, Pak Brahim dan Mak Timah), diorang berjaya selamatkan diri daripada geng Aiman Zalini.

Serius, dari awal sampai akhir, memang tak kering gusi tengok filem ni yang mengingatkan aku dengan filem-filem terbaik dari Senario, Mamat Khalid dsb. Aku confirm kalau tengok dalam pawagam, mesti dapat dengar gelak tawa yang tak henti.

Bagi aku, filem Tiga Janda Melawan Dunia ni sangat sangat berbaloi untuk tengok. Antara filem Melayu yang tak rugi tengok dalam pawagam. Rasa kecewa pulak aku tak pergi tengok dulu. Cuma sayang. Havoc filem ni ditenggelamkan oleh filem Mat Kilau yang ditayangkan tak lama lepas tu. Kalau tak, aku rasa filem Tiga Janda ni pasti akan jadi bualan ramai.

Trivia


  1. Tagline filem ni: Tiga Pelakon yang Tak Ada Million Followers, merupakan sarcasm kepada pihak-pihak tertentu yang hanya mengambil pelakon yang ada pengikut media sosial yang tinggi sahaja. Tak kisah kayu, asal glamour gitu.
  2. Watak Rohayu, Ani dan Datin Martipah sepatutnya dilakonkan oleh Marlia Musa, Fasha Sandha dan Adibah Noor. Namun, disebakan diorang gagal muncul atas sebab yang tak diketahui, maka watak Rohayu digantikan dengan Normah Damanhuri dan watak Ani digantikan dengan Raja Azura. Manakala, watak Datin Martipah digantikan dengan Rosnah Mat Aris.
  3. Merupakan filem sulung arahan Hyrul Anuar yakni pengarah iklan. Antara iklan yang sangat cun beliau adalah iklan raya TNB tahun 2017: Dugaan Raya Aida.
  4. Filem pertama dan satu-satunya dalam sejarah yang ditawarkan money-back guarantee oleh Golden Screen Cinemas. Maksudnya, penonton boleh mintak kembali harga penuh tiket jika diorang tak puas hati dengan hasil karya filem ni.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sha baca review ini pun Sha dah boleh bayangkan gempaknya filem ini.. Part tayang body tu tak menahan.. Hahaha.. sampai berbuih ye.. Ala-ala bebudak muda tengok artis diorang.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem ni terlalu lawak tapi versi berkualiti. Kalau tak gelak, something wrong lah tu. 😆

      Delete
  2. Tak sangka ceta ni dh masuk netflix... mcm best jugak ni... pelakon pun semua yg senior xde yg bbnu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak pelakon BBNU. Tapi extra. Filem ni Astro tak sempat beli kot. 😅

      Delete