Pokok mangga Irwin berbuah.


Ada satu pokok mangga kat depan rumah. Tapi aku tak pernah tengok buahnya. Sebab jarang sekali pokok ni nak berbuah. Mungkin kurang baja atau benda lain, aku tak tahu.

Hari tu kan musim buah mangga. Hampir semua pokok kat kawasan rumah berjaya hasilkan buah dengan cukup lebat. Tak terkecuali dengan buah mangga Irwin ni. Aku tahu nama buah ni pun sebab ada orang yang bagitau.

Asal mangga Irwin aku tak pasti. Ada yang cakap dari Australia. Ada yang cakap dari Miami, Amerika.


Buahnya masa muda hijau dan merah. Bila dah matang, akan berubah jadi ungu. Ada beberapa biji je kat pokok walaupun bunganya sebelum ni banyak. Mungkin cuaca yang panas sangat buatkan bunganya tak mampu membesar jadi buah.

Buahnya memang cantik. Unik warnanya. Selalu nampak buah mangga warna hijau dan kuning. Yang ni warna ungu. Tak sabar pulak nak cuba rasa mangga Irwin ni nanti.

Post a Comment

8 Comments

  1. Uishhn cantik nya buahnya... mana dpt benih tu.. kalau masak arna unggu waa lagi cantik hihiii

    ReplyDelete
  2. Subhanallah amazing!
    Jgn lupa snap foto bila masak, nak tengok 😁

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah cantiknya warna!
    Besar jugak buahnya tu. Saya yang tengok dari jauh ni pun rasa tak sabar nak rasa mangga unik ni.

    ReplyDelete
  4. waahhh berbeza betul dgn mangga yg kat Malaysia sellaunya kuning.. mana dpt benih tu?

    ReplyDelete
  5. cantik betul kejadian buahnya...

    ReplyDelete
  6. Cantik buahnya
    Mesti sedap rasanya kalau dah matang

    ReplyDelete
  7. Uniknya buah mangga ni . CCL first time nampak . Cantik juga tone warna kulit buah mangga . Nanti share la rasa buah mangga irwan ni ..rasa masam ke, rasa belemak @ rasa manis ?

    ReplyDelete
  8. Unik buahnya ya.....kemerahan pulak....

    ReplyDelete