Bunga rain lily putih yang menawan.


Bila beberapa hari hujan, mula lah pokok rain lily mengeluarkan bunga. Nama pun rain kan? Antara pokok bunga yang sukakan hujan.

Dulu aku pernah buat entri pasal rain lily warna pink yang aku jumpa kat laman rumah. Kali ni, pokok bunga rain lily putih pulak yang keluarkan bunga.


Pokok ni aku beli dalam Shopee sebulan yang lepas, yakni 8 Jun 2024. Masa terima tu, aku terkejut sebab aku dapat benihnya (dalam bentuk bawang) yang dah hampir kering. Macam bawang merah yang kita beli kat kedai. Gitu lah rupanya. Risau sebab macam takde harapan pokok ni nak survive.

Tapi sangkaan aku meleset. Pokok ni hidup subur. Benih bentuk bawang tu aku masukkan dalam tanah. Siram hari-hari supaya tanah sentiasa lembap.


Mungkin sebab pokok ni nak berterima kasih kat aku kot sebab tak putus asa jaganya. Sekuntum bunga rain lily putih dihadiahkan. Semoga lepas ni pokok ni beranak pinak. Nanti makin meriah lah dengan kuntuman bunga rain lily putih.

Post a Comment

13 Comments

  1. ada baca jugak yg rain lily pink tu.. wahhh kaler putih cantiknya!

    ReplyDelete
  2. owh...bunga lily ke nie??hihihi..
    rasenya dekat hospital ada 1 nie..tengah berbunga jugak...warna oren-oren gitu...nanti kalau rajen, linda snap gambar dia

    ReplyDelete
  3. wa... kecik dah berbunga.. kompem pokok katek.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Cantik kan!
    Rain lily saya warna pink.
    Musim panas macam mati, sekali musim hujan...elok berbunga. Walau cuma beberapa kuntum pun dah cukup seronok.

    ReplyDelete
  5. Memang la menawan warna putih bersih cantik bunga nya.

    ReplyDelete
  6. cantik, comel sangat kalau dapat tanam banyak2 lawa ni BK :)

    ReplyDelete
  7. Cantiknya bunga lily kecik ni .. pokok lily ni ada warna lain juga kan ..

    ReplyDelete
  8. Cantik.. suka tengok..
    Selain tulip, bunga lily antara my favourite.

    ReplyDelete
  9. Cantik juga bunga ni dan ia sangat rare. Selalunya bunga warna putih ni akan mengeluarkan bau wangi sebab dan attract lebah/rama-rama supaya pendebungaan boleh berlaku....

    ReplyDelete
  10. mmg cantikkkk
    jgn ada yg gatal tangan g petik... haa siaplah!

    ReplyDelete
  11. Cantiiiknya dia berbungaaa. Putih bersih 😍😍. Memang dingin tangan Abang dalam hal gardening ya

    ReplyDelete